Misteri Laut Segi Tiga Bermuda Tak Ada Kaitan Dengan Mistik

Sebut je Laut Segi Tiga Bermuda, ramailah yang akan kaitkan dengan benda-benda mistik sampaikan ia dinobatkan sebagai salah satu lokasi misteri yang terkenal dekat dunia.

Kalau korang nak tahu, laluan Segi Tiga Bermuda ni merupakan salah satu lokasi laluan perairan yang paling sibuk di dunia sebab ia merupakan kawasan laluan kapal mewah & kapal terbang untuk ke pelabuhan yang ada dekat Amerika, Eropah & Pulau Carribean.

Selama berabad lamanya kita dimomokkan dengan cerita-cerita kehilangan kapal & pesawat yang lalu dekat situ sehinggakan ada yang gelarkan Segi Tiga Bermuda sebagai Segi Tiga Syaitan.

Tapi pada tahun 1975, seorang wartawan, Larry Kusche dedahkan yang Segi Tiga Bermuda tak lah misteri macam yang dikatakan.

Kata Larry, segala cerita kehilangan misteri yang dikatakan tu tak berasas sebab tak ada langsung laporan yang rekodkan pasal kehilangan kapal yang dilaporkan. Kalau ada pun, kehilangan tu disebabkan kejadian alam macam ribut dan angin kencang.

Tapi Larry tetap tak tolak mungkin juga berlakunya kehilangan kapal tapi tak direkodkan. Dan ianya bukanlah sebab mistik tapi disebabkan keadaan trafiknya yang sesak kalau nak dibandingkan dengan kawasan lain.

Ada juga beberapa teori yang mana mengatakan bahawa dekat kawasan Segi Tiga Bermuda tu ada kawasan yang kaya dengan metana yang boleh bentuk campuran gas-ais-sedimen di bawah tekanan tinggi.

Hasilnya kalau berlaku tanah runtuh dekat kawasan bawah air, campuran gas ni akan meletup dan pemanduan kapal terganggu.

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi, korang boleh lah cari buku Larry yang bertajuk The Bermuda Triangle Mystery – Solved.

Raja Lepak

Read Previous

Buat Sale RM19,000 Dalam Masa 5 Hari, Netizen Salute Kegigihan Pelajar Ni

Read Next

Parodi Babak ‘Rawr’ True Beauty Bikin Netizen Pecah Perut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *