Lebih 35 Tahun Hilang, Kapal Terbang Ni Buat Kejutan Bila Tiba-Tiba Mendarat Dengan Tengkorak

Dalam dunia penerbangan, kes pesawat hilang bukan lagi sesuatu yang baru. Tiap kali adanya insiden kapal terbang hilang, ianya akan jadi perhatian dunia.

Tapi korang tahu tak dulu pernah kecoh pasal satu cerita yang mana sebuah kapal terbang yang dilaporkan hilang lebih 35 tahun dikatakan tiba-tiba je muncul & mendarat bersama tengkorak di dalamnya?

Kredit: Gaia

Pada tahun 1954, kapal terbang Santiago Flight 513 yang berlepas pada 4 September dari Aachen, Jerman dikatakan hilang dekat Laut Atlantik masa dalam perjalanan ke Porto Alegre, Brazil.

Masa dilaporkan hilang tu, pihak berkuasa semua dah percaya yang pesawat tu dah pun terhempas dalam laut. Tapi pencarian tetap dijalankan. Lepas bertahun-tahun, tak ada satu pun bukti yang tunjukkan kehilangan tu. 

Kredit: Medium

Jadi operasi mencari pun dihentikan.

Tapi tiba-tiba pada Oktober 1989, pihak menara kawalan lapangan terbang Porto Alegre tu dapati ada satu kapal terbang yang tak didaftarkan mengelilingi pangkalan udara. Bila cuba dihubungi, tak ada respon pun.

Sampailah kapal terbang tu selamat landing dalam landasan.

Bila pihak berkuasa berjaya masuk dalam kapal terbang tu, dorang dapati adanya 92 tengkorak kru kapal yang masih lagi kemas terlilit seatbelt. Malah enjin kapal terbang pun katanya masih lagi bergerak lepas landing.

Rupanya kapal terbang tu kapal terbang yang dah lama hilang tu.

Tapiiiiiii, kisah misteri ni tak dapat disahihkan sama ada ianya betul atau pun sekadar mitos sebab media yang melaporkan tu memang terkenal dengan kisah-kisah fiksyen yang dorang reka sendiri.

Dan bila didapati, apa yang media tu ceritakan hampir sama dengan salah satu babak dalam rancangan televisyen, The Twilight Zone – The Odyssey of Flight 33 yang diterbitkan pada tahun 1961.

Jadi korang pun CT nasihatkan, baca boleh percaya janganlah. Sebab ianya memang tak dapat dibuktikan dengan bukti-bukti kukuh.

Raja.Lepak

Read Previous

Pengorbanan Abang Panda, Sampai Naik Sampan Untuk Deliver Makanan

Read Next

Bilik Penuh Dengan Lipas & Sampah, Ini Memang Level Kotor Lain Macam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *