Pengorbanan Abang Panda, Sampai Naik Sampan Untuk Deliver Makanan

Zaman sekarang ni memang mudah untuk order makanan. Masuk je apps Foodpanda/Grab, pilih nak makan apa, bayar then korang hanya perlu tunggu je makanan sampai depan mata.

Kalau hari tu CT ada share pasal income rider dalam 2 bulan je dah lebih RM18,000, kali ni CT nak share pasal pulak pasal kerenah cust yang ada gunakan khidmat rider untuk order makanan ni.

Berlaku dekat Thailand, seorang pengguna FB, Pradit Saengdee ada share beberapa gambar yang paparkan seorang rider Foodpanda terpaksa kayuh sampan bila dia dapat order daripada kaki pancing yang tengah syok memancing dekat tengah-tengah sungai.

เด่วนี้ฟูดแพนด้าเค้ามีส่งทางน้ำแล้วนะ

Posted by Pradit Saengdee on Monday, February 1, 2021

Viral betul video rider tu kayuh sampan dengan uniform Foodpanda sampaikan kegigihan dia tu orang nampaklah sebab helmet pun tak cabut!

Katanya, masa sampai dekat kawasan untuk drop order, rider tu carilah mana cust yang order tu. Sekali cari punya cari, member tengah atas khusyuk mancing ikan atas sampan.

Sebabkan dia pun kenal siapa cust tu, gigihlah rider tu pun naik sampan lain semata untuk deliver makanan dekat member walaupun tak diberikan tips atas usaha gigihnya.

Walaupun berlaku dekat Thailand, kita dapat lihat yang dekat mana-mana pun rider ni sanggup jalankan tugas. Asalkan cust happy bila makanan sampai.

Memang salute lah!

Kredit gambar: Pradit Saengdee

Raja.Lepak

Read Previous

Ini Rupanya Sebab Kenapa Tekstur Jagung Tetap Sama Dalam Najis

Read Next

Lebih 35 Tahun Hilang, Kapal Terbang Ni Buat Kejutan Bila Tiba-Tiba Mendarat Dengan Tengkorak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *