Ini Rupanya Sebab Kenapa Tekstur Jagung Tetap Sama Dalam Najis

Daripada kecil sampai ke besar ada banyak benda pelik yang akan berlaku dalam hidup kita. Benda ni sangat misteri sampaikan timbul persoalan mengenainya.

Sebagai contoh, kenapa jagung masih lagi dalam bentuk yang sama walaupun dalam najis?

Kalau korang nak tahu, isi luar atau ‘sarung’ biji jagung yang dipanggil sebagai lapisan bran ini memang tak akan berubah bentuk walaupun bila masuk saluran pencernaan. Di belakang lapisan ni adanya endosperm, pericarp dan germ.

Walaupun nampak macam jagung ni tak ada khasiat sangat sebab saiznya yang kecik, tahukah korang yang jagung ni sebenarnya dikelaskan dalam kategori sayuran berkanji sebab 98-99% kandungan kanji boleh didapati dekat endosperm.

Kredit: Pinterest

Dan walaupun jagung keluar dalam bentuk yang sama, nutrien dalam tu tetap tak ada sebab badan kita dah serap segala apa yang ada.

Cuma bahagian kulit luar je yang tak terurai atau hancur dihadam sebabkan kurang kandungan enzim pencernaan yang diperlukan untuk pecahkan ikatan kimia antara molekul gula yang ada dalam selulosa lapisan bran jagung.

Jadi lepas ni, kalau nak makan jagung tapi risau nanti keluar sebijik macam apa yang korang makan, better korang pecahkan dulu molekul serat yang ada dekat jagung contohnya dengan cara masak sampai lembut atau pun makan bukan dalam keadaan dia sebijik gitu. Kena blender atau tumbuk halus.

Tapi yang lebih sedap mestilah jagung fresh yang direbus/dibakar gitu je kan? Bukannya yang diblender. 

Setuju tak?

Raja.Lepak

Read Previous

Lelaki Nak Resign Sebab Tak Happy Walaupun Gaji RM5,500 Sebulan

Read Next

Pengorbanan Abang Panda, Sampai Naik Sampan Untuk Deliver Makanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *