Lelaki Nak Resign Sebab Tak Happy Walaupun Gaji RM5,500 Sebulan

Bagi setengah orang, gaji yang tinggi cukup buat dia bahagia. Tambah pula masa pandemik, masing-masing cuba bertahan dengan pekerjaan masing-masing untuk teruskan hidup.

Tapi buat setengah orang yang lain pulak, gaji yang tinggi tak ada makna kalau dia tak bahagia.

Macam satu sharing dekat page RicebowlMY baru-baru ni, seorang lelaki memaklumkan yang dia dah kerja 4 tahun dalam bidang khidmat pelanggan. 4 tahun jawab call daripada cust buatkan dia tak happy.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: SCMP

Dengan tak ada improvement pada kerja, dia dah mula bosan dan akhirnya dalam dilema sama ada nak berhenti kerja atau teruskan.

“[Soalan daripada netizen] Saya bekerja di bahagian khidmat pelanggan selama 4 tahun. Dah 4 tahun kerja angkat call. Gaji memang tinggi tapi rasa ianya tak menjanjikan. Perlu ke saya teruskan atau buat kerja lain.”

Kredit: RicebowlMY

Kalau tengok komen, ramai yang menasihati dia agar fikir balik keputusan yang dia buat. Sebab itulah cabaran alam pekerjaan.

Ada juga yang sempat bertanya lokasi syarikatnya supaya mereka boleh apply untuk jawatan yang dia tinggalkan.

CT nak tanya, kalau korang di tempat dia, apa yang korang buat? Pilih untuk tidak bahagia tapi dapat gaji tinggi atau pilih untuk bahagia?

Kalau CT, mungkin CT akan pilih untuk buat benda yang buat CT bahagia tapi tetap dapat gaji tinggi. Gituh! 

Kredit gambar utama (Gambar sekadar hiasan): BBC

Raja.Lepak

Read Previous

Jutawan Paling Kedekut Sanggup Makan Makanan Kucing Untuk Jimat

Read Next

Ini Rupanya Sebab Kenapa Tekstur Jagung Tetap Sama Dalam Najis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *