Jutawan Paling Kedekut Sanggup Makan Makanan Kucing Untuk Jimat

Kalau korang sangka jutawan yang duit berjuta-juta tu semuanya suka hidup mewah, memang korang salah.

Masih ada jutawan yang duit dia berkepuk-kepuk dalam bank tapi dia punya level kedekut tu sampai korang tak boleh brain.

Contoh macam jutawan yang namanya Aimee Elizabeth ni. Walaupun tahun 2020 nilai kekayaannya diumumkan melebihi RM21.5 juta, tapi dia punya cara berjimat memang ekstrem gila.

Dalam sebulan, Aimee akan pastikan yang kos sara hidupnya tak lebih daripada RM4,040. 

Jadi macam mana dia nak pastikan yang dia dapat kekalkan amaun tu walaupun duduk dalam rumah yang besar?

Kalau korang nak tahu, Aimee hanya akan pasang pemanas air selama 22 minit setiap hari (tak kurang tak lebih) untuk beliau mandi pagi. Malah dia kata span basuh pinggan dia pun dah lama tak berganti sebab dia tak nampak keperluan untuk tukar.

Yang paling mengerikan, dia sanggup makan makanan kucing untuk cut down kos makanan! Bukan takat tu, dia hidangkan jugak apa yang dia makan tu dekat setiap tetamu yang pernah datang rumah dia!

Untuk jimatkan kos pembersihan rumah, bekas suami Aimee, Micheal Murrey secara sukarela tawarkan diri jadi pekerja buat Aimee. Dialah driver, dialah tukang kebun, dia jugak cleaner.

Hasilnya, Aimee berjaya jimat lebih RM800,000 dalam masa setahun. Korang bayangkan sendiri.

Walaupun Aimee ni tahu yang ramai je yang tak suka perangai kedekut dia ni, tapi dia kata selagi mana dia boleh jimat dia akan buat & tak peduli pasal pandangan orang lain.

Kalau korang nak berjimat, nasihat CT janganlah ikut cara Aimee. Mungkin boleh ambil sikit sikit je tips dia, bukan semua tau.

Raja.Lepak

Read Previous

Dybbuk Box PrinceMeed Sebenarnya Tipu?

Read Next

Lelaki Nak Resign Sebab Tak Happy Walaupun Gaji RM5,500 Sebulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *