Dybbuk Box PrinceMeed Sebenarnya Tipu?

Bulan lepas memang viral gila pasal kotak Dybbuk PrinceMeed. Katanya memang real habis sampaikan PrinceMeed kena kacau dengan entiti misteri disebabkan kotak yang dia beli tu.

Kalau korang nak tahu, Dybbuk Box ni adalah kotak yang mengandungi barang-barang yang memiliki semangat atau roh pemiliknya. 

Bermula dari sebuah kotak wine yang dimiliki Havaleh, dibeli oleh Kevin Mannis, kotak ini dikatakan berkait dengan aktiviti paranormal.

PrinceMeed ni memang terkenal buat video yang berkaitan misteri, jadi dia ni dah beberapa kali viral.

Namun baru ni seorang Twitterians yang dikatakan bekerja sebagai penganalisis jenayah bagitahu video PrinceMeed ni sebenarnya lakonan demi untuk raih views.

Tapi kalau lihat balik, teori dia ni berasas sebabnya dalam video tu korang boleh tengok yang parcel tu nampak bersih & kemas sedangkan kita tahu yang dia beli dari Chile. 

Nak ikut logik, korang tengok sendirilah parcel yang korang beli dekat Shopee dari China tu rupanya sampai dekat korang macam mana. 

Contoh parcel yang biasanya dipos dari luar negara.

Nak pulak bila ada ruang kosong dalam tu bila PrinceMeed unboxing. Takkan lah langsung tak rosak kan? 

Kalau ditanya pasal gangguan pulak, wanita tu kata dia tak tahu sebab dia hanyalah kaji berdasarkan logik.  Tapi seorang ustaz pengamal rawatan Islam bagi respon ini untuk kes gangguan PrinceMeed.

Jadi, sekarang ni terpulang pada korang sama ada nak percaya atau tak. Tapi apalah guna habiskan duit semata-mata nak tengok ia real ke tak kan?

Raja Lepak

Read Previous

Patutlah Muka Andi Rileks Je Masa Dukung Janna Nick, Rupanyaa BTS…

Read Next

Jutawan Paling Kedekut Sanggup Makan Makanan Kucing Untuk Jimat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *