Patutlah Muka Andi Rileks Je Masa Dukung Janna Nick, Rupanyaa BTS…

Sekarang ni tengah viral drama Melastik Ke Hatimu yang tampilkan Janna Nick & Andi Bernadee sebagai watak utama. Tiap kali drama ni bersiaran, mesti jadi trending sebab banyak babak babak kelakar.

Rupanya bukan takat babak yang ditayangkan je yang kelakar, sekali BTS pun sama naik kelakarnya…

Macam yang baru ni ada babak Andi Bernadee kena dukung Janna Nick yang terjun dari tingkap.

Kredit: @andibernadee

Tapi yang peliknya muka si Andi ni rileks bukan main betul masa angkat Janna Nick tu, macam tak ada apa-apa.

Sekali rupanya bila video BTS terkeluar, satu Malaysia kena ‘tipu’ yang Andi ni kuat bebenoo. 

Nasib baiklah Janna Nick tolong kantoikan. ;p

Kredit: @jannanick

Cis, memanglah muka rileks. Rupanya ada orang lain yang tolong angkatkan sebenarnya. 

Tapi apa-apa pun memang drama ni banyak babak-babak kelakar tahap pecah perut. Yang ni cuma salah satu je.

Kalau korang nak layan bolehlah tune in TV3 hari Rabu sampai Sabtu pukul 9 malam. Confirm terhibur tengok gelagat Andi ni.

Selamat menonton!

Raja.Lepak

Read Previous

Faradyable Buat Hal Lagi, Kali Ini Alih Suara Jemimah Challenge Pulak

Read Next

Dybbuk Box PrinceMeed Sebenarnya Tipu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *