Jangan Buang Minyak Lebihan Menggoreng, Boleh Dijadikan Sabun Basuh Pinggan!

Setiap kali lepas menggoreng, pasti korang tak tahu mana nak buang minyak masak yang telah dipakai. Dah lah minyak tak boleh digunakan berulang kali, sekali dua goreng dah tak boleh pakai. Abang Bob selalu ada rasa satu pembaziran kat situ.

Sebenarnya untuk elakkan pembaziran, minyak yang telah digunakan tu boleh dijadikan sabun basuh pinggan tau! Sebenarnya Abang Bon pun baru tahu kaedah ni. Jom  Abang Bob kongsi cara mudah buat sabun hanya gunakan minyak lebihan menggoreng!

Tak kisahlah minyak lebihan goreng ikan, ayam, ikan bilis, ikan masin, keropok. Hahaha. Jangan dibuang please.

Korang tapis dulu minyak tu dan timbang. Masukkan bancuhan sejenis bahan kimia dipanggil Iye (NaOH). Oh untuk proses jadikan sabun mesti ada resepinya dan mesti faham proses-prosesnya. Tidak boleh sembrono bancuh. Tapi kalau dah tahu, senang saja rupanya.

Baca artikel ini: Ikut Rahsia Ini Kalau Tak Nak Sotong Jadi Liat

Kacau dan kacau menggunakan whisk. Kalau kita gunakan minyak terpakai memang bancuhan kita ni jadi oren pekat. Tak mengapa kerana ia tetap bahan semulajadi iaitu minyak.

Sebati sebegini bermakna semua bahan tadi dah bersatu dan sekata. Dengan konsep jangan membazir kita gunakan saja perkakas atau bekas yang ada di dapur. Jangan korang guna pula bekas Tupperware mak atau bini korang. Itu menempah ajal namanya.

Sudah siap! Tunggu kering dan nanti boleh guna untuk sabun basuh pinggan. Warna sabun kita ni akan bertukar cerah so jangan risau. Mudah kan?

Maka dengan itu siaplah sabun basuh pinggan natural. Minyak dan lye tadi dah tak wujud dah. Yang tinggal cuma seketul sabun asli dari bahan semulajadi. Ni buat banyak sekaligus ni nanti boleh bagi sedara-mara. Hahahah! Tak payah beli sabun basuh pinggan dan kita pun tak membazir.

Baca artikel ini: 7 Makanan Ini Boleh Membantu Melegakan Kembung Perut

Raja Lepak

Read Previous

Air Terjun Pelangi Seperti Di Alam Fantasi

Read Next

5 Karenah ‘Biasa’ Semasa Berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *