5 Karenah ‘Biasa’ Semasa Berpuasa

Bulan Ramadhan merupakan bulan suci yang dinantikan umat Islam seluruh dunia. Masing-masing sibuk nak kejar keberkatan bulan yang mulia ni. Bukan senang, tahun depan belum tentu jumpa! Tapi disebabkan bulan puasa ni hanya setahun sekali, selalu terjadi moment lucu sama ada korang terlupa sedang berpuasa atau tak tahan sangat nak berbuka puasa. Kat sini Abang Bob nak share 5 ragam yang korang boleh relate bila tibanya bulan Ramadhan.

1.   Terlajak nak sahur, sedar je dah azan Subuh.

Disebabkan waktu bersahur adalah pada awal pagi, Abang Bob yakin korang mesti pernah terlajak tidur sampai tak bersahur. Lagi sedih kalau sedar masa tengah azan Subuh. Rasa sedih tu tak boleh nak cakap la. Bagi korang yang dah biasa berpuasa, mungkin korang rasa takde hal pun kalau tak bersahur. Tapi kalau jenis yang berpuasa masa bulan Ramadhan je, mesti rasa nak berguling tunggu waktu berbuka kan?  Nasiblaaa…

2.   Dah fikir awal nak berbuka apa

Baru pukul 10 pagi dah fikir nak masak ke beli je untuk berbuka. Hmmm… Perangai apa ni? Mungkin setakat rancang awal takpe lagi, tapi kalau sampai pengaruh orang untuk sama-sama usha makanan untuk berbuka puasa, sampai korang pon lapar. Lagi menyakitkan hati kalau korang tengok makanan lepas tu mengadu lapar. Ni boleh bawak gaduh. Baik mengaku korang ada buat tak perangai macam ni?

3.   Hantu bazar Ramadhan

Puasa dan bazar merupakan 2 perkara yang tak boleh dipisahkan. Tapi malangnya tahun ni tiada bazar Ramadhan dibenarkan atas sebab-sebab keadaan semasa. Setiap kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadhan lah yang paling dinantikan. Kat sinilah korang boleh jumpa kuih-muih tradisional, ayam bakar, ayam golek, nasi ayam penyek dan pelbagai jenis air kat satu tempat. 

Baca artikel ini: Kenangan Puasa Zaman Kanak-Kanak Yang Menggamit Memori

Harga yang dijual pon berpatutan. Alang-alang bulan puasa ni mengajar kita erti kesabaran dan menahan nafsu, elok juga tiada bazar Ramadhan. Tidaklah membazir. Makan ala kadar je sekadar kenyangkan perut jangan nak over lak ye.

 4.   Asyik tengok jam macam baru belajar puasa

Jangan ingat dah besar tak buat perangai. Makin tua la kadang-kadang perangai berpuasa mengalahkan budak-budak. Asyik tengok jam je, sebab tak sabar nak tunggu waktu nak berbuka. Paling parah bila tinggal sejam dua sebelum berbuka, asyik tanya pukul berapa. Lepas tu, gaya lapar macam sebulan tak makan. Siapa ada kawan macam ni? Korang memang perlukan kesabaran yang tinggi nak layan mereka.

5. Perangai bila teguk air waktu berbuka, kalau boleh satu jag nak habiskan

Lepas seharian berpuasa, waktu berbuka pastinya dinantikan semua. Dapat pula air manis dan berais, pastinya dapat memberikan rasa lega. Dapat pula minum air favourite memang layan la! Last-last kenyang sebab minum air jer.

Macam-macam ragam korang boleh jumpa setiap kali waktu bulan puasa. Sabar laa sikit, sebulan jer pun kena puasa di waktu siang hari. Abang Bob pun kadang-kadang melepek juga nak-nak kalau tertinggal sahur. Hahaha!

Baca artikel ini: Hebat! Nia Dipuji Melambung Suami Sebab Berjaya Pecahkan Telur

Raja Lepak

Read Previous

Jangan Buang Minyak Lebihan Menggoreng, Boleh Dijadikan Sabun Basuh Pinggan!

Read Next

Hilangkan Kedut Sneakers Dalam 3 Langkah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *