Kenangan Puasa Zaman Kanak-Kanak Yang Menggamit Memori

Setiap kali tibanya Ramadhan, pasti ramai dalam kalangan korang yang terimbas semula kenangan berpuasa sewaktu kecil dahulu. Tambahan pula musim PKP ini, pasti tidak banyak cabaran dan halangan besar sebab korang duduk di rumah sepanjang waktu. 

Bohong kalau korang tak pernah curi-curi ‘ponteng’ puasa masa kecil-kecil dulu. Abang Bob sumpah tak pernah. Hahaha! Jom imbas balik kenangan yang pasti kebanyakan daripada korang pernah lakukan waktu kecil dahulu.

1.   Rajin Mandi

Menjadi cabaran besar jika bersekolah dan perlu berpuasa dalam cuaca yang panas. Alahai, Tuhan saja yang tahu dugaannya. Tengok air paip pun dah nampak macam milo ais yang mengalir. Jadi, helah bijak nak merasa air membasahi badan adalah dengan kerap mandi. Boleh jadi tiga ke empat kali mandi sehari. Tatkala mandi dan air sejuk menyirami tubuh, segar dan damainya rasa. Sejuk aje, hahaha. Lagi best bila tertelan sedikit air waktu mandi, keluar aje bilik air terus segar. Hilang segala penat, lesu dan tak bermaya.

2.   Basuh Muka

Sekejap-sekejap pergi ke bilik air basuh muka. Alasan diberi, mengantuklah, penatlah, letihlah dan macam-macam akal lagi. Konon membasuh muka untuk melegakan tubuh yang lesu. Almaklumlah, nak mandi baru kejap tadi dah mandi. Jadi, basahkan sapu tangan dan tuam pada muka. Itupun dah memadai. Sambil-sambil tu faham-faham jer la.

3.   Buka Peti Ais

Ini juga jadi habit wajib semua kanak-kanak. Selain bertanyakan kepada ibu ayah bila waktu berbuka, peti ais sajalah tempat meluahkan rasa gelisah. Dapat rasa suhu yang sejuk di dalam peti ais pun cukup nikmat. Dan kalau ternampak teh o ais di dalam koleh atau botol, dapat pegang aje pun alahai besar rahmat dah rasa. Kalau minum seteguk dua lagilah tambah bahagia.

4.   Minum Air Paip

Sama ada di sekolah atau di rumah, mesti ramai yang pernah buat perangai macam ini. Malah ada yang siap niat, ‘Ya Allah, aku dahaga sangat. Aku minum sikit aje, nanti puasa balik’… hahaha. Ada yang terasa ke tu?

Baca artikel ini: Ummu Sibyan, Jin Pengganggu Bayi Baru Lahir

5.   Berkumur

Bukan tak tahu berkumur yang berlebihan boleh membatalkan puasa. Tapi ini sajalah peluang untuk ‘merasa’ sedikit air masuk ke dalam mulut. Terutamanya setiap kali mengambil wudhu. Bayangkan, waktu siang dengan terik panasnya. Berkumur aje pun dah kira okey. Kalau tertelan kira bonuslah!

6.   Rendam Kepala Dalam Kolah

Kalau tak boleh mandi, dapat basahkan rambut dan cukup besar nikmat! Rendamkan saja kepala dalam kolah. Nikmat sejuknya tak terkata. Umpamanya dapat melepaskan tekak yang terlalu dahaga. Siapa pernah buat macam ini? Baik mengaku!

7.   Diasingkan kalau tak puasa

Ada juga sesetengah ibu dan ayah tidak membenarkan anak yang tidak berpuasa duduk berbuka bersama. Tampak seperti ‘kejam’ tetapi hakikatnya itulah cara untuk disiplinkan anak.

Itulah dia antara kenangan waktu kecil-kecil dulu. Kalau ingat balik memang lucu. Belajar berpuasa sejak kecil itu nak mengajar anak-anak supaya terbiasa dengan kewajiban untuk berpuasa. Pastu kalau siapa yang dapat berpuasa penuh, habuannya tentulah duit raya!

Kredit: Intrend

Baca artikel ini: Ketahui Personaliti Berdasarkan 4 Jenis Masakan Telur

Raja Lepak

Read Previous

Anda Rasa Nak Mengamuk! Jom Lepas Geram di The Rage Room

Read Next

6 Sebab Kenapa Korang Kena Minum Air Kelapa Semasa Berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *