6 Sebab Kenapa Korang Kena Minum Air Kelapa Semasa Berpuasa

Air kelapa memang diketahui ramai mempunyai khasiat yang tersendiri. Rasa manis asli air kelapa membuatkan sesiapa sahaja gemar untuk meminumnya. Abang Bob sendiri memang penggemar nombor satu air kelapa sebab ia bukan jer sedap, tapi menyegarkan. Untuk pengetahuan korang, air kelapa memang sangat-sangat digalakkan untuk diminum pada bulan puasa tau sebab ia mengandungi karbohidrat mudah dicerna dalam bentuk gula. Kat sini Abang Bob nak kongsikan 6 sebab kenapa korang kena berbuka puasa dengan air kelapa.

1.   Menggalakkan hidrasi

Bahan yang terkandung dalam air kelapa sangat berkesan menghidratkan tubuh manusia. Seharian berpuasa tanpa mengambil apa-apa makanan, tubuh kehilangan cecair yang kaya dengan mineral. Jadi air kelapa adalah minuman terbaik semasa berbuka puasa kerana mengandungi 294mg kalium dan 5mg gula semula jadi setiap gelas.

2.   Merendahkan tekanan darah

Satu kajian pada tahun 2005 mendapati bila seseorang diberikan air kelapa selama dua minggu, tekanan darah sistolik mereka adalah 71 peratus lebih rendah dan tekanan darah diastolik mereka adalah 29 peratus lebih rendah berbanding mereka yang minum air kosong.

3.   Membantu proses pencernaan

Air kelapa mengandungi asid laurik yang boleh menyembuhkan keradangan serta mengawal keasidan perut. Sepanjang berpuasa, korang sebenarnya tak sedar asid perut meningkat akibat tidak menerima apa-apa makanan. Asid perut yang tinggi menyebabkan perut berasa sakit.

Baca artikel ini: Sedapnyer! 6 Jenis Tom Yam Korang Wajib Cuba (Jaga-jaga yang ke-7)

4.   Mengurangkan kolesterol dan trigliserida

Satu kajian pada tahun 2006 mendapati bahawa tikus yang diberi air kelapa mempunyai peluang penurunan serangan jantung. Ia membantu mengurangkan jumlah trigliserida kolesterol total mereka, dan kolesterol LDL, khususnya kolesterol yang terdapat di dalam hati.

5.   Menurunkan berat badan

Air kelapa adalah rendah kalori. Ia mengandungi pelbagai enzim bioaktif yang membantu pencernaan dan meningkatkan metabolisme lemak. Malah, air kelapa kaya dengan kalium, yang membantu mengimbangi natrium. Natrium yang berlebihan dalam badan cenderung menyebabkan pengekalan air, menyumbang kepada berat air. Oleh itu, air kelapa membantu menyingkirkan air berlebihan serta toksin dari badan anda.

6.   Merawat sakit kepala

Sakit kepala semasa berpuasa adalah perkara biasa kerana badan tidak menerima sebarang cecair pada waktu siang. Ia juga boleh menyebabkan seseorang mengalami migrain. Oleh itu, air kelapa sangat membantu dalam membekalkan elektrolit ke badan dan meningkatkan penghidratan. Air kelapa juga kaya dengan magnesium. Orang yang mengalami migrain selalunya mempunyai tahap magnesium yang rendah.

Hebat tak penangan air semula jadi ni? So korang jangan lupa minum air kelapa ok. Tak dapat hari-hari pun tak mengapa, sebab Abang Bob pun faham waktu-waktu sekarang ni memang susah nak dapatkan air kelapa.

Baca artikel ini: 8 Makanan Biasa Jadi Luar Biasa Ketika Ramadhan

Raja Lepak

Read Previous

Kenangan Puasa Zaman Kanak-Kanak Yang Menggamit Memori

Read Next

Garam Punca Korang Cepat Haus Ketika Berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *