Garam Punca Korang Cepat Haus Ketika Berpuasa

Pernah tak korang rasa haus yang teramat sangat sedangkan tak sampai setengah hari pun berpuasa? Mungkin salah satu sebabnya ialah korang kurang minum air semasa bersahur.

Tapi, boleh juga rasa haus yang datang itu disebabkan oleh makanan yang korang ambil ketika sahur. Abang Jim sendiri dah beberapa kali jadi benda yang sama. Puasa belum masuk waktu Zohor lagi, tapi dia punya haus tak boleh nak cakap!

Untuk pengetahuan korang, antara punca lain adalah bila korang mengambil terlalu banyak makanan masin di waktu sahur. Sebab makanan bergaram ternyata merupakan makanan yang membuatkan kita rasa haus. Kat sini Abang Bob nak jelaskan kenapa garam boleh buatkan korang haus.

1.   Garam sebahagian besarnya terdiri dari zat yang disebut dengan natrium.

Jika korang terbiasa dengan makanan yang mengandungi garam yang tinggi, maka sebenarnya korang berisiko untuk mengalami dehidrasi lebih cepat. Kat dalam tubuh, zat natrium memang mempunyai peranan utama iaitu sebagai pengatur cecair tubuh, sehingga jika kadarnya tak normal akan mengganggu jumlah cecair. Badan akan menyerap natrium hingga pada akhirnya masuk ke dalam aliran darah. Jika jumlahnya terlalu banyak, natrium tu akan tarik cecair yang ada kat dalam sel-sel badan.

Baca artikel ini: Tom Yam Makanan Istimewa Keluarga Diraja Thailand

2.   Makanan masin juga boleh buat perut anda berkeroncong

Garam juga boleh buat perut korang lebih cepat dan sering berbunyi akibat kelaparan. Bahkan ada beberapa kajian yang telah membuktikan perkara tersebut. Penyelidik dari Vanderbilt University menyatakan bahawa, orang yang mengambil makanan masin secara berlebihan cenderung untuk sering dan cepat rasa lapar berbanding yang tidak mengambil makanan bergaram.

3.   Jumlah garam yang boleh dimakan dalam satu hari

Bagi korang yang tidak mempunyai sejarah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, atau penyakit kronik lain, sebaiknya pengambilan garam paling banyak sebesar 6 gram atau satu sudu teh sehari. Sebaiknya, korang perlu menghadkan pengambilan natrium maksimum sebanyak 2300mg sehari dan dianggarkan jumlah natrium tersebut bersamaan satu sudu teh garam.

4.   Hal ini bergantung kepada keadaan fizikal masing-masing.

Batasan pengambilan garam tidak berbeza dengan hari biasa atau ketika berpuasa. Tapi sebaiknya korang perlu menghadkan penggunaan garam kerana makanan masin adalah makanan yang menyebabkan cepat haus.

So sekarang korang dah faham kenapa ada hari-hari tertentu, korang akan berasa sangat haus daripada biasa. Puncanya sebab korang makan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Abang Bob pun lepas dah dapat tahu perkara ni, memang akan sedaya mungkin cuba elak makan benda yang masin-masin. Tak larat wei kalau haus!

Baca artikel ini: Bosan Makan Nasi? Cuba Try 7 Masakan Berasaskan Kentang Yang Simple Dan Sedap!

Raja Lepak

Read Previous

6 Sebab Kenapa Korang Kena Minum Air Kelapa Semasa Berpuasa

Read Next

6 Makanan Ini Boleh Membawa Maut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *