6 Makanan Ini Boleh Membawa Maut

Buat korang yang jenis suka ‘try’ makanan baru, ini ada 6 makanan yang perlu korang elakkan tau! Lagi-lagi buat kaki travel. Sebabnya satu hidangan, boleh membunuh kalau tak kena cara makan atau pemprosesannya.

1.   Buah Ackee Jamaica

Kredit: pinterest

Ackee ni merupakan sejenis buah yang terdapat di Jamaica dan salah satu makanan yang paling beracun di dunia gaiss! Ianya mengandungi hipoglisin yang menyebabkan pemakan muntah-muntah teruk yang dipanggil muntah Jamaica.

Bahagian yang boleh dimakan pada buah ini hanya bahagian kuning di sekitar biji hitamnya. Namun, kalau salah amik yang belum masak, ia boleh sebabkan kematian atau membuat korang koma.

2.   Cendawan Liar

Kredit: Wikipedia

Cendawan, kalau dicelup tepung dan digoreng, memang sedap!  Tapi, pastikan korang jangan salah makan cendawan pulak. Lagi-lagi, kalau korang ni jenis adventure, petik sendiri cendawan lepastu goreng.

Di Malaysia, cendawan yang perlu dielakkan adalah spesies cendawan Amanita liar yang mempunyai racun yang boleh membawa maut.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beli sahaja cendawan yang telah diproses atau yang dijual untuk tujuan komersial. Kalau korang nak petik jugak, pastikan tahu cendawan yang dikutip tu selamat untuk dimakan.

3.   Hararl

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2018/08/27/node-2737/hakarl-shark-iceland-02.JPG?itok=AhNiMpf7
Kredit: Wikipedia

Hakarl adalah daging ikan jerung yang sangat popular di Greenland. Namun, jerung ini tidak mempunyai saluran kencing ataupun buah pinggang. Jadi bahan-bahan toksik dan buangan wujud di bahagian lain pada ikan ini.

Selain itu, korang terdedah dengan penyakit bawaan makanan. Walaupun sebenarnya ia boleh dimakan, namun perlu disediakan dengan cara yang betul iaitu proses penapaian dan pengeringan selama 6 bulan.

4.   Elderberry

Kredit: gardener path

Jangan terkejut. Memang sesetengah Elderberry boleh dimakan dan ada yang boleh digunakan untuk merawat selsema selain menyembuhkan luka. Buah beri dari pokok elderberry ini memberikan rasa pada jem, sirap dan juga pai.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), beri yang selamat dimakan hanyalah beri biru dan ungu sahaja.

Namun beberapa spesis beri merah adalah toksik selain batang, daun dan buah mentah yang belum masak boleh menyebabkan cirit-birit, mual dan juga muntah.

5.   Rhubarb

Kredit: wikipedia

Bahagian yang tidak boleh dimakan pada rhubarb ini adalah pada daunnya yang mempunyai bahan kimia toksik. Sekiranya termakan, ia membuatkan seseorang tu sesak nafas dan dari situ berlakunya kekejangan, kegagalan buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.

Namun, selain daripada daunnya, rhubarb boleh digunakan untuk membuat pai ataupun pudding tau gaiss!

6.   Fugu

Kredit: savor japan

Fugu ni kalau korang nak tahu ianya merupakan makanan istimewa di Jepun dan korang hanya boleh makan jika sanggup menanggung risiko.

Selain dikenali sebagai puffer fish, ia merupakan haiwan yang paling beracun. Untuk menyediakan hidangan fugu ini, seorang chef itu haruslah menjalani latihan selama dua tahun dan mereka perlu lulus ujian.

Mengikut statistic yang Hamka baca, ⅓ daripada chef yang memohon gagal untuk kendalikan ikan ini. Sesetengah bahagian seperti hati dan usus ikan ini mempunyai sebatian kimia tetrodotoxin. Sekiranya termakan, korang akan rasa kebas bibir dan menyebabkan otot lumpuh.

Menurut satu laporan di UK Daily Mail, dikatakan 30 hingga 50 orang terbunuh setiap tahun akibat memakan fugu.

Ada yang berani nak cuba?

Artikel berkaitan:
Ini Resepi Rahsia ‘Swedish Meatballs IKEA’ Yang Enak Dimakan Ketika Berbuka Puasa
Resepi Susu Kurma Yang Pasti Buat Anda Tidak Lapar Ketika Berpuasa

Raja Lepak

Read Previous

Garam Punca Korang Cepat Haus Ketika Berpuasa

Read Next

11 Port Makan ‘Rare’ di Melaka Yang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *