11 Port Makan ‘Rare’ di Melaka Yang Sedap

“Coconut shake dah try, kuih keria dah beli… Apa lagi yang best nak cuba makan kat Melaka ni ye.” Walaupun banyak traffic light dan memanjang jammed aja, Melaka memang menjadi destinasi favourite bagi warga kota untuk bercuti dan jalan-jalan cari makan.

Selain ada banyak tempat menarik untuk dilawati, tentunya pelbagai makanan yang lazat menjadi daya penarik untuk ke Melaka. Mungkin dah ramai tahu tempat-tempat viral dan beratur panjang, tapi tak kuasa nak pergi sana kan?

Di sini Hamka senaraikan beberapa lagi tempat yang mungkin belum ramai yang tahu tapi semuanya tak kaleng-kaleng dan sedap-sedap belaka gaiss… Let’s check it out!

1.   Mat D Keropok Lekor

tempat makan melaka
Kredit: makan-makan

Tak payah dah korang nak jauh-jauh sampai ke Pantai Timur, di Melaka ada satu port terbaik untuk korang makan keropok lekor resepi asli dari Terengganu. Memang sama rasanya bagaikan kita di Terengganu boh!

Keropok lekor di sini dibuat setiap hari di awal pagi sehingga waktu petang sentiasa fresh dan panas-panas.

Kredit: FoodYas

Menu istimewa di sini antaranya keropok lekor rebus/ goreng, keropok lekor cheese, sotong / udang goreng tepung, nasi putih/ nasi lemak gulai kawah kari kambing & lembu, roti arab, satar goreng dan akok. Memang sedap dan harganya sangat berpatutan!

Selain makan di sini, boleh juga bawa balik keropok keping dan keropok lekor sebagai ole-ole.

2.   Bubur Kg Hulu

Kredit: maqan

Kadang-kadang tu mood rasa saja je nk jalan-jalan dan tak nak makan berat-berat kan. Apa kata singgah dekat Bubur Kg Hulu ni gaiss!

Yang specialnya, di sini memang menjual bubur dan pengat semata-mata. Semua jenis bubur dekat sini dimasak menggunakan 100% gula melaka. Fuh, memang power rasa dia.

Kredit: booking.com

Macam-macam jenis bubur ada, boleh rambang mata dibuatnya. Antara menu istimewa dekat sini termasuklah, pengat pisang, bubur kacang hijau, bubur kacang merah, bubur cha cha dan berbagai-bagai bubur.

Kalau tak tau nak pilih yang mana, boleh order bubur special campur semua bubur. Siap boleh add on nangka atau durian lagi.

3.   Dragon Fruit Float

Kredit: makan-makan

Kalau dah bosan minum Boba, korang boleh cuba Dragon Fruit Float Special. Memang rasa fresh dan padu teruk! Buah naga yang dipotong kiub pun besar-besar kat atasnya. Dapat pula kalau minum panas-panas. Rasa macam tak cukup satu.

Selain menu dragon fruit float ni, ada coconut shake yang tak kurang hebatnya. Kat sini boleh juga beli minuman kelapa pandan biji dan balang. Menu iringan lain goreng-goreng ada, nasi lemak dan pisang / keledek goreng dan juga ayam organik goreng.

Gerai ni terletak di hadapan PC World Duyong atas bukit di Taman Duyong Indah.

4.   Mee Dollah

Kredit: viral makan sedap melaka

Bagi penggemar mee, wajib korang pekena Mee Basah Dollah sebab mee ni memang ‘berhantu’. Dah lebih 30 tahun berniaga, Mee Dollah ni dah wujud sejak zaman sekolah dulu lagi, dan port ni masih menjadi pilihan orang ramai.

Pilihan makanan selain mee basah kat sini ada juga sup power, satay kampung murah, kacang pool, nasi ayam, nasi lemak dan macam-macam lagilah.

5.   Kafe Kueh Melake

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2019/09/tempat-makan-melaka-19-Mee-Basah-Bkt-Baru.jpg
Kredit: myinformasi

Ini antara port terbaik minum-minum dengan member. Rambang mata oii tengok kuih-muih kat sini. Ada lebih 30 jenis kuih tradisional disediakan setiap hari.

Korang yang suka makan kuih-kuih kenalah datang sini. Segala macam kuih yang dah lama mengidam InsyaAllah pasti boleh jumpa dekat sini.

6.   Kolok Vs Laksa Sarawak

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2019/09/tempat-makan-melaka-26-Kolok-Laksa-Swk.jpg
Kredit: Facebook Kolok vs Laksa Sarawak

Kalau saja-saja nak rasa kelainan, bolehlah cuba makanan Sarawak di restoran Kolok vs Laksa Sarawak ni. Walaupun agak baru beroperasi, ramai yang suka dgn kelainan menu-menu dekat sini.

Tak payah terbang ke Sarawak, korang boleh makan mee kolok, laksa sarawak, nasi goreng dabai, nasi dalam buluh, umai, dan lain-lain.

Diorang pun ada cuba menu baru iaitu mee kolok chicken / lamb grill untuk beri kelainan pada pelanggan.

7.   Asam Pedas Power Abg Piee

Kredit: foodadvisor

Asam Pedas Power Abg Piee ni antara yang paling famous di Melaka sebab dah dekat 20 tahun dia meniaga. Rasa kuah dia yang pekat dengan daging tetel, ikan pari, dan ikan-ikan lain yang segar memang lain dari yang lain. Boleh hirup sampai licin!

Selain asam pedas, ada juga menu lain macam lempeng kelapa, nasi lemak, char kuew teow, masakan panas dan burger. Otak-otak pun ada.

8.   Rest Haus

Kredit: Facebook Rest Haus

Bagi yang bawa anak-anak, nak cari restoran yang selesa dan beraircond, bolehlah datang sini. Menu special dekat sini ialah daging salai Negeri Sembilan yang pedas dan kuah yang pekat.

Ada macam-macam lagi menu best dekat sini antaranya nasi lemak kukus itik / rendang ayam, nasi butter prawn, ikan sweet sour, tomyam dan menu western macam spaghetti, chicken chop, grilled chicken dan lain-lain.

Portion makanan dekat sini pun boleh tahan, kalau cuba makan nasi goreng chicken chop tu memang semput jugalah nak habiskan sorang. Yang penting, harga memang berbaloi!

9.   Tranquerah Curry House

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2019/09/tranquerah-curry-house-1.jpg
Kredit: Facebook Tranquerah Curry House

Berdekatan Masjid Tengkera, ada satu kedai menarik untuk korang cuba Nasi Bukhari, Nasi Beriani, Mee Kari Udang dan Asam Pedas. Dekat sini cendol pun ada tau. Ramai yang puji kata masakan di sini sedap-sedap belaka. Harga pun ok sangat!

Dia sebaris dengan Mee Sup Tengkera dan kedai tu kecil ja, tapi selesa ala-ala rumah kedai Baba Nyonya. Kedai ni buka dari pagi dan ada juga menu sarapan dekat sini contohnya roti canai dan mee goreng.

10.   Kuih Badak Warisan Mak Munah

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2019/09/kuih-badak-warisan.jpg
Kredit: Facebook Kuih Badak Warisan Mak Munah

Dah alang-alang dekat Tengkera tu, boleh cuba kuih badak yang sedap dan original dekat Melaka ni. Tapi kuih badak ni rara gaiss! Memang tak sama yang kita biasa makan macam kuih bom bulat-bulat tu.

Kuih badak special sikit sebab dia macam epok-epok atau karipap. Ada yang inti sayur dan ada yang inti serunding kelapa. Kalau nak makan berat-bera sikit, boleh cuba menu terbaru dekat sini iaitu tepek-tepek atau sebagai mee hoon kuey.

11.   Bakau Je

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2019/09/tempat-makan-melaka-002-BAkau-Je.jpg
Kredit: bakau je

Sesekali tu nak juga makan ala shellout kat Melaka ni kan. Di Bakau Je, ada sambal Portugis dan sambal berempah yang disajikan di atas ikan bakar stim tu yang unik!

Selain sambal Portugis, ada juga masak 3 rasa, sweet sour, goreng berlada dan berempah. Semuanya menggunakan pelbagai seafood yang segar dan besar. Pendek kata, memang puaslah makan.

Artikel berkaitan:
Ini Resepi Rahsia ‘Swedish Meatballs IKEA’ Yang Enak Dimakan Ketika Berbuka Puasa
Resepi Susu Kurma Yang Pasti Buat Anda Tidak Lapar Ketika Berpuasa

Raja Lepak

Read Previous

6 Makanan Ini Boleh Membawa Maut

Read Next

11 Tempat Makan di Raub Ini Pasti Buat Anda Repeat Lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *