11 Tempat Makan di Raub Ini Pasti Buat Anda Repeat Lagi!

Pernah tak korang yang dalam perjalanan ke negeri Pantai Timur rasa lapar dan nak berhenti singgah makan, tapi tak tahu di mana ?

Moh lerr singgah lepak dulu di sekitar Raub, sebab ada banyak makanan sedap-sedap di sini. Menu makanan Diraja pun ada kalau anda nak cuba. Rugi kalau tak rasai sendiri keenakan dan keunikan masakan negeri Pahang ini.

1.   Stall Dapur Western

Kredit: restoran dapur western

Makanan di Stall Dapur Western ni bukan biashe-biashe tau! Biarpun nama restoran ini macam biasa saja, namun menu yang disediakan sangatlah superb.

Keliru tak tahu yang mana satu untuk dicuba? Apa kata cuba beef steak nya yang begitu lembut, tak liat dan mudah dipotong. Masuk sahaja ke dalam mulut, terasa daging masih berjus. Harga pula taklah terlalu mahal.

Bagi yang suka masakan panas, tomyam di sini memang sedap. Cukup terasa masam dan pedasnya. Tak rugi makan tomyam di sini, try dulu baru tahu.

2.   Restoran Ratu Rasa

Nasi Kerabu Kuning @ Restoran Ratu Rasa
Kredit: makan-makan

Sebut nama restoran pun kita boleh agak pasti ada sesuatu yang istimewa di sini. Kalau anda nak tahu, di restoran ini lah terdapat menu makanan Diraja Pahang iaitu nasi keduli @ kebuli. Pasti korang tidak pernah mendengar nama menu ini kan ?

Nasinya seakan nasi beriani tetapi menggunakan rempah yang berbeza. Di sini juga terdapat tempoyak patin yang sangat mengliurkan, sambal hitam, mee sup, rendang opor, menu makanan barat, mee kari, roti jala jala, pulut dengan  rendang dan banyak lagi.

Pada waktu pagi, korang juga boleh menikmati pelbagai jenis roti canai di sini antaranya roti boom, roti planta, roti kawin, roti sardin dan juga nasi lemak. Pencuci mulut yang terdapat di sini adalah puding Diraja yang sememangnya enak sekali rasanya.

3.   Restoran Along

Roti Canai @ Restoran Along

Kawasan restoran agak luas, memudahkan pelanggan yang datang meletakkan kereta dengan mudah. Pelayan restoran juga mesra dan pesanan turut disediakan dengan pantas.

Apa yang anda boleh nikmati di Restoran Along ini? Ada nasi lemak dengan sambal yang sedap, nasinya lembut dan gebu. Roti canai yang disediakan juga lembut dan garing enak dimakan bersama kuah dal yang pekat.

Petang-petang kalau makan colek pun sedap juga di sini. Kalau tengahari nasi ayam ada juga. Masakan panas ala Tomyam pada sebelah malam memang mengliurkan.

4.   Restoran Mualaf Raub

Kredit: travelmalaysia

Jika di bandar-bandar besar, restoran Chinese Muslim sangat mudah didapati berbanding daerah-daerah kecil seperti di Raub namun buat yang berada di Raub kini boleh menikmati hidangan masakan Cina muslim di Restoran Mualaf Raub.

Pelbagai menu yang jarang-jarang ditemui di restoran lain iaitu seperti nasi ayam Szechuan, taufu steam, ketam cili, sotong keladi, patin kicap, udang telur masin, kambing black pepper dan bermacam lagi. Harga pula agak murah berbanding di restoran lain.

Sesekali menukar selera, apa salahnya. Kan?

5.   Restoran Pak Engku King

Kerabu Maggi @ Restoran Pak Engku King
Kredit: Restoranpakengkuking

Suasana di Restoran Pak Engku King ini memang berbeza. Ibarat sedang berada di sebuah kampung yang begitu indah untuk menjamu selera.

Makanan di sini memang terbaik menunya. Antara yang boleh korang cuba adalah nasi arab Pak Engku, nasi goreng special Mak Engku, ikan masak Pak Engku, kerabu maggi seafood dan banyak lagi yang menarik.

Jangan lupa juga teh hijau nya sedap dan boleh menghilangkan kehausan anda.

6.   Sarpino’s Bistro

Kredit: zeeavenue

Sarpino’s Bistro menyediakan pelbagai jenis pizza dengan topping berbeza. Rotinya yang lembut menjadikan ia digemari oleh semua lapisan masyarakat.

Selain pizza korang juga boleh mencuba lasagne, chicken wing, dan juga laksa Sarawak (Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad). Restoran ini juga selalu membuat tawaran harga pizza dengan kadar buy one free one.

7.   Anak Raub Corner

Masakan kampung tradisional Pahang menjadi menu utama di sini. Anda boleh menikmati gulai tempoyak patin, asamrong, sambal hitam dan banyak lagi.

Menu makan pagi memang terbaik apabila restoran ini turut menyediakan roti canai pelbagai jenis yang enak pula dimakan bersama kuah kari dan sambal sardin. Nasi lemak paru juga turut menjadi permintaan ramai setiap hari.

Malam-malam pula anda boleh makan sate di sini, sambil menunggu tomyam kelapa yang memang mengasyikkan rasanya dan menjadi pilihan ramai. Jangan lupa untuk mencuba teh tarik gula kabong yang tiada tandingannya.

8.   Azmi Steam Tempoyak

Tempoyak Kukus @ Azmi Tempoyak Stim

Kalau korang tercari-cari tempoyak patin yang sedap serta tiada tandingan, datanglah menjamu selera di Azmi Steam Tempoyak. Patin tempoyak yang disajikan di sini memiliki keunikan yang tersendiri.

Tempoyak yang digunakan untuk membuat gulai dihasilkan sendiri, ini menjadikan masakannya lebih mantap dan padu rasanya. Cara  memasak yang menggunakan kaedah mengukus pula memberi rasa cukup berbeza, ikan patin dikukus bersama kuah tempoyak.

Ikan lain yang turut dijadikan sajian adalah ikan tilapia, kerai, kelah dan juga ikan tenggelan dan hanya ikan segar digunakan. Selain itu juga anda boleh menikmati hidangan sambal udang galah, sotong goreng tepung, ketam masak cili dan beberapa menu lain lagi.

9.   Planet cendol

Cendol @ Planet Cendol
Kredit: cendolplanet

Apabila tibanya musim panas, minuman yang sejuk pastinya begitu menyegarkan. Lagi best jika dapat makan cendol di kala cuaca terik kan ?

Apa kata kali ini korang datang ke Planet Cendol dan rasai sendiri keenakan serta kelemakan cendol yang dihidangkan. Memang menyegarkan tekak anda dibuatnya.

Jika korang lapar, boleh juga membuat pesanan makanan seperti masakan panas, tomyam, ikan kukus, nasi goreng, mee goreng dan sebagainya. Nasi lemak bungkus daun pisang juga turut tersedia untuk dinikmati sambil makan cendol.

10.   M’dan Ayam Goreng

Ayam Goreng @ M'Dan Ayam Goreng

M’dan Ayam Goreng semestinya menyediakan menu berasaskan ayam goreng. Korang boleh menikmati ayam goreng ala KFC yang rangup, garing dan sedikit berperisa. Setiap set hidangan ayam goreng disajikan bersama kentang goreng dan juga coleslaw.

Selain itu, terdapat juga nasi ayam dan nasi ayam chicken chop. Korang juga boleh menikmati masakan panas ala Thai juga seperti tomyam, paprika, nasi goreng USA dan bermacam lagi.

11.   Satay Pak Harun

Sate Daging @ Satay Pak Harun

Tahukah anda di Raub ini terdapat sate Obama. Mesti tak percaya kan ? Sate Obama yang menjadi sebutan ini sebenarnya adalah Satay Pak Harun.

Lebih 35 tahun menjalankan perniagaan, sate Pak Harun telah menjadi pilihan untuk dihidangkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan pada 21 November 2015 di mana Malaysia telah menjadi tuan rumah ketika itu.

Satay Pak Harun berada di hadapan Hospital Raub dan pernah diperkenalkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak suatu ketika dahulu oleh Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Memang banyak rupanya tempat makan yang best-best di sekitar Raub ini. Pasti anda tidak menyangka kan ? Kalau dah tahu di mana tempat makan yang best, jangan lupa singgah nanti!

Rugi kalau anda tak cuba, lebih-lebih tempoyak patin lah! Selamat menjamu selera.

Artikel berkaitan:
Ini Resepi Rahsia ‘Swedish Meatballs IKEA’ Yang Enak Dimakan Ketika Berbuka Puasa
Resepi Susu Kurma Yang Pasti Buat Anda Tidak Lapar Ketika Berpuasa

Raja.Lepak

Read Previous

11 Port Makan ‘Rare’ di Melaka Yang Sedap

Read Next

Jangan Sebarangan Bagi Anak-Anak Kecil Anda Minum Kopi & Teh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *