Jangan Sebarangan Bagi Anak-Anak Kecil Anda Minum Kopi & Teh

Walaupun kopi mungkin jarang diminati kanak-kanak, tapi rasanya ramai juga yang selalu bagi anak minum air teh, kan? Kadang-kadang order teh o ais dekat kedai makan, kadang-kadang minum teh o panas cicah dengan biskut. 

Makan pulak pagi-pagi atau masa minum petang. Wah, memang sedap tu! Anak pun join sekali. Sebenarnya teh dan kopi bukanlah minuman yang sesuai untuk kanak-kanak ya. Kalau boleh kita kurangkan dan jangan dibiasakan sebagai rutin buat anak-anak kita.

Nak tahu kenapa? Ini sebabnya.

1.   Boleh Menghalang Penyerapan Nutrien

https://media.siraplimau.com/2020/02/Bantut_KurangNutrisi-1024x576-1024x576.jpg
Kredit: KKM

Buat pengetahuan semua, kopi dan teh mengandungi kafein dan tannin yang akan menghalang penyerapan zat makanan.

Menurut laman web rasmi KKM, antara kes yang biasa berlaku apabila seseorang anak mengalami kekurangan zat makanan atau bantut adalah rutin meminum teh atau kopi setiap hari.

Umumnya di Malaysia, trend kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan terutama sekali bantut semakin meningkat. Oleh itu, beliau menggesa agar ibu bapa menghentikan tabiat ini dengan segera.

2.   Menjejaskan Tidur Kanak-kanak

Kredit: WebMD

Sebuah penelitian dalam Jurnal Paediatrik sebuah artikel di LiveScience melaporkan bahawa 75% kanak-kanak yang mengambil kafein setiap hari secara rutin mempunyai jumlah waktu tidur yang kurang berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil kafein.

Kafein yang meresap ke dalam tisu badan boleh meningkatkan kadar degupan jantung sekaligus meningkatkan tekanan darah, mengubah suhu badan dan jus gastrik. Secara tidak langsung, semua faktor ini boleh menjejaskan masa dan kualiti tidur kanak-kanak.

3.   Kanak-kanak Lebih Sensitif Terhadap Kafein

Kredit: Ecooe

Kalau nak ikutkan, kafein ni bukanlah hanya dalam kopi dan teh saja tetapi juga minuman lain seperti air bergas / soda atau minuman tenaga.

Saraf tunjang termasuk otak kanak-kanak akan menjadi lebih sensitif dan terkesan dengan kehadiran kafein sebagai stimulan. Ia boleh menjadikan kanak-kanak hiperaktif, gelisah, menjadi punca sakit perut serta masalah tidur.

4.   Kebiasaannya Mengandungi Banyak Gula

Kredit: DailyMail

Minuman manis secara amnya amat tidak sesuai untuk diminum oleh kanak-kanak. Kebiasaannya kopi dan teh mengandungi gula yang agak tinggi.

Maka, ia tidak sesuai untuk diminum secara rutin, apatah lagi oleh kanak-kanak kecil yang masih dalam proses perkembangan. Malah, minuman seperti ini boleh menyebabkan masalah kaviti dan kerosakan gigi jika diambil secara berlebihan.

5.   Bersifat Diuretik

Kredit: readersuggest

Minuman berkafein ini bersifat diuretik, bermakna ianya meningkatkan kekerapan untuk kencing yang boleh menyebabkan masalah kehilangan kalsium daripada tubuh, lalu menjejaskan kekuatan tulang. Pengambilannya secara berlebihan turut menyumbang kepada dehidrasi dan keletihan.

Menurut LiveStrong, setiap 100mg kafein yang diminum, 6mg kalsium akan terhapus dari tubuh. Walaupun angka ini tidak begitu besar bagi dewasa, namun kalsium sangat penting untuk pertumbuhan tulang kanak-kanak.

Boleh Je Minum Sesekali, Tapi Jangan Dijadikan Rutin Harian

Dah faham kan kenapa teh, kopi dan minuman berkafein ni kurang sesuai untuk kanak-kanak? Tapi kalau kadang-kadang pergi rumah orang, mereka hidang teh tu tak apalah sesekali anak tu minum okay je gaiss! Janganlah sampai boikot sampai tuan rumah tu terasa hati.

Cuma kita sebagai ibu bapa cubalah elakkan daripada menghidang teh atau kopi untuk kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil ok!

Artikel berkaitan:
Dilarang Merokok Dalam Pesawat Tetapi Mengapa Ada Tempat Abu Rokok?
10 Tips Kekal Langsing Sepanjang Bulan Ramadhan

Raja Lepak

Read Previous

11 Tempat Makan di Raub Ini Pasti Buat Anda Repeat Lagi!

Read Next

Ikut Rahsia Ini Kalau Tak Nak Sotong Jadi Liat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *