Ummu Sibyan, Jin Pengganggu Bayi Baru Lahir

Mungkin ada dalam kalangan cucu yang pernah mendengar nama Ummu Sibyan. Tapi Atok percaya tak ramai sebenarnya yang tahu siapa Ummu Sibyan sebenarnya. Ramai sebenarnya yang bertanyakan pada Atok, adakah Ummu Sibyan itu wujud?

Untuk pengetahuan cucu semua, Ummu Sibyan adalah jin daripada kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak yang menjadi mangsa usikan Ummu Sibyan ini berumur kurang daripada 2 tahun. Bukan sahaja bayi dan kanak-kanak yang diganggu, wanita hamil juga selalu menjadi mangsa Ummu Sibyan ni.

Sebab itulah, dalam Islam bayi yang baru sahaja dilahirkan harus diazankan terlebih dahulu. Sebabnya tak nak bayi itu diikuti oleh Ummu Sibyan.

Bayi dan kanak-kanak dikurniakan satu kebolehan, iaitu pada usia sebegitu mereka boleh melihat makhluk-makhluk halus. Cucu semua pun pernah alaminya, cuma cucu tak ingat jer.

Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata satu yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak. Untuk gangguan pada wanita hamil pula, Ummu Sibyan akan mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Diceritakan juga jin Ummu Sibyan akan masuk ke dalam perut perempuan yang hamil. Pada waktu janin dalam kandungannya sedang tumbuh, jin ini akan menendangnya, maka berlakulah keguguran dan rahimnya kosong semula.

Baca artikel ini: 4 Hospital Paling Berhantu Di Dunia

Banyak tanda-tanda jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan. Antaranya ialah bayi menangis dengan kuat sambil matanya terbeliak memandang ke atas atau ke arah sudut tertentu.

Selain itu, ada kejadian apabila anak-anak tiba-tiba jatuh seakan-akan ditolak. Mengigau sambil mengetap gigi berulang kali dan demam panas selepas Asar sehingga sebelum Subuh.

Antara kesan akibat gangguan jin Ummu Sibyan ini, bayi atau kanak-kanak akan diserang dengan sawan tangis. Kanak-kanak yang diganggu juga boleh menjadi hiperaktif yang sukar untuk dikawal.

Malah, kanak-kanak yang sering diganggu akan menjadi nakal dan keras kepala, selain menjadi malas.

Bagi wanita hamil pula, mereka yang diganggu jin Ummu Sibyan ini akan berasa sesak dada terutama setelah waktu Asar sehingga ke tengah malam. Fikiran wanita hamil juga tiba-tiba menjadi kusut.

Selain itu, mereka juga akan mengalami sakit pada bahagian tulang belakang. Ketika tidur pula, wanita hamil kerap mengigau kerana bermimpi dengan mimpi yang menakutkan. Gangguan jin ini memang sungguh menakutkan dan tidak boleh dipandang mudah.

Bagi mengelak daripada diganggu, Atok nak ingatkan supaya cucu segera tutup pintu dan tingkap apabila menjelang waktu senja.

Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tapi cucu jangan sesekali angkat baju di ampaian sama ada yang telah kering atau belum pada waktu Maghrib.

Walau sekuat mana pun jin Ummu Sibyan ini, cucu kena tahu pasti dia pun ada kelemahan tertentu. Nanti Atok akan ceritakan bagaimana cara untuk mengelak daripada gangguan jin ini. Dah nak masuk waktu berbuka puasa ni. Atok masak nasi pun belum. Tunggu cerita Atok yang selanjutnya nanti yer.

Kredit: Buku Prima

Baca artikel ini: Laluan Jeniang – Sik Selepas 12 Malam

Raja Lepak

Read Previous

Dilarang Merokok Dalam Pesawat Tetapi Mengapa Ada Tempat Abu Rokok?

Read Next

Nak Hati Sihat Dan Bersih? Ambil 5 Jenis Makanan Ini (Siri 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *