Dilarang Merokok Dalam Pesawat Tetapi Mengapa Ada Tempat Abu Rokok?

Tahukah anda perbuatan merokok di dalam pesawat sebenarnya tidak diharamkan sepenuhnya di Amerika Syarikat sehingga tahun 2000? Namun kini, hampir semua penerbangan antarabangsa mengharamkan perbuatan merokok ketika di dalam pesawat.

Kredit: wired

Sungguhpun demikian, tempat abu rokok masih lagi disediakan di dalam tandas kebanyakan pesawat.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa pesawat-pesawat masih lagi dilengkapi dengan tempat abu rokok?

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/07/19/node-3976/main-qimg-c6595ec52247eeca5c7ecf16a794c7c4.jpg?itok=b0Dqs65g

Menurut sumber daripada CNN, sesetengah pesawat masih dilengkapi dengan tempat abu rokok kerana ia masih diwajibkan oleh undang-undang, khususnya berdasarkan Bab 14 Kod Peraturan Persekutuan.

Berdasarkan peraturan tersebut, tidak kira sama ada perbuatan merokok dibenarkan di mana-mana bahagian pesawat, tandas harus dilengkapi dengan tempat abuk rokok yang boleh ditanggalkan. Ia harus diletakkan di tempat yang jelas kelihatan ataupun di setiap pintu tandas.

Malah jika ia rosak, tempat abu rokok itu harus dibaiki dalam tempoh 72 jam tau. Mengapa pula jadi gini bukan boleh merokok pun? Nah, ini disebabkan masih ada penumpang yang cuba merokok semasa dalam penerbangan walaupun perbuatan sedemikian boleh menyebabkan pelaku didenda ataupun diberkas.

https://rileklah.com/sites/default/files/styles/large/public/images/2019/07/19/node-3976/Slide-1-Ashtrays.jpg?itok=sxKSl5yK

Pada Mac tahun lepas, seorang lelaki didapati merokok di dalam tandas pesawat IndiGo semasa penerbangan dari Goa ke Delhi. Tahukah anda bahawa sebenarnya perbuatan ini juga kerap berlaku?

Oleh sebab itu, tempat abu rokok tetap perlu disediakan supaya pesawat mempunyai tempat yang selamat untuk perokok membuang puntung rokok, dan bukannya membuang ke dalam tong sampah hingga boleh menyebabkan kebakaran.

Artikel berkaitan:
10 Tips Kekal Langsing Sepanjang Bulan Ramadhan
Risau Batu Lesung Tumpul! Anda Wajib Cuba Tips Ini

Raja Lepak

Read Previous

Jom Kenali 13 Makanan Tradisi Bajau Yang Unik

Read Next

Ummu Sibyan, Jin Pengganggu Bayi Baru Lahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *