Nak Hati Sihat Dan Bersih? Ambil 5 Jenis Makanan Ini (Siri 1)

Dah berusia ni, makan pun nak kena jaga sekarang. Dah tak boleh lagi dah nak makan sesuka hati macam dulu. So sekarang Abang Bob dah ada sikit kesedaran. Memandangkan hobi Abang Bob makan jer tak sudah-sudah, maka Abang Bob kenalah ambil berat sikit soal kesihatan.

Untuk pengetahuan korang, hati merupakan organ kelenjar terbesar kat dalam badan korang tu. So hati mempunyai banyak fungsi untuk menjadikan korang sentiasa hidup sihat. Sebagai organ utama untuk menghapuskan toksin, Abang Bob nak kongsi 5 makanan yang sangat baik untuk hati.

1.   Bawang Putih

Bawang putih mengandungi sulfur. Fungsinya untuk membersihkan badan. Bawang putih juga mengandungi jumlah selenium yang tinggi. Selenium adalah mikronutrien penting yang telah terbukti membantu meningkatkan tahap enzim antioksidan semula jadi dalam hati korang. Yang bestnya, bawang putih juga mengandungi 39 agen anti-bakteria yang berbeza, menjadikannya makanan yang sesuai untuk melindungi badan korang daripada penyakit. Allicin dalam bawang putih mempunyai peranan yang penting dalam proses pembersihan hati.

2.   Ubi bit

Jus Ubi bit secara telah digunakan sebagai penawar untuk mengaktifkan enzim hati dan meningkatkan hempedu. Ubi bit mengandungi vitamin C dan dos serat yang sihat dan pembersih semulajadi sistem penghadaman. Ia tinggi dalam betalains dan sebatian lain untuk mengurangkan risiko kerosakan hati. Tahap Vitamin C dan mangan yang tinggi menjadikan ubi bit antioksidan yang kuat dalam badan untuk membantu sokongan kesihatan imun.

Baca artikel ini: Ketahui Personaliti Berdasarkan 4 Jenis Masakan Telur

3.   Kopi

Kopi kelihatan baik untuk hati sebab ia melindungi penyakit hati berlemak dan mengurangkan keradangan. Kajian semula ini juga menyatakan bahawa pengambilan kopi setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko penyakit hati kronik. Bukan itu jer, kopi juga boleh melindungi terjadinya kanser hati. Tapi korang kena ambil perhatian bahawa kopi tidak cukup kuat untuk mengatasi kerosakan hati disebabkan gaya hidup korang yang teruk.

4.   Teh Hijau

Teh hijau boleh membantu mengurangkan keseluruhan kandungan lemak, melawan tekanan oksidatif, dan mengurangkan tanda-tanda penyakit hati berlemak. Apa yang menariknya, teh hijau boleh meningkatkan penanda darah kesihatan hati, merangsang tahap enzim hati dan melindungi daripada tekanan oksidatif dan deposit lemak di dalam hati. Kajian juga mengatakan bahawa teh hijau juga boleh mengurangkan risiko kanser hati.

 5.   Minyak Zaitun

Pengambilan lemak terlalu banyak tidak elok untuk hati, tetapi sesetengah lemak boleh membantu, seperti minyak zaitun. Minyak zaitun meningkatkan proses pembersihan hati. Menambah minyak zaitun dalam diet boleh bantu korang mengurangkan tekanan oksidatif dan meningkatkan fungsi hati. Korang boleh gunakan minyak zaitun dalam semua makanan yang perlukan minyak. Makanan korang pun akan menjadi lazat dan pada masa yang sama melindungi daripada kerosakan hati.

Ok cukup dulu 5 makanan yang baik untuk jaga kesihatan hati korang tu. Makan ni memang satu nikmat guys. Tapi kalau dah jatuh sakit nanti, hilang semua nikmat tu. So baik dari sekarang korang termasuklah Abang Bob sama-sama amalkan gaya pemakanan sihat. Tunggu 5 lagi makanan baik untuk hati pada artikel yang akan datang.

Kredit: Flashpost.com

Baca artikel ini: Segar! 9 Minuman Untuk Sejukkan Badan Ketika Berbuka Puasa

Raja Lepak

Read Previous

Ummu Sibyan, Jin Pengganggu Bayi Baru Lahir

Read Next

Nak Hati Sihat Dan Bersih? Ambil 5 Jenis Makanan Ini (Siri 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *