7 Kebaikan Kulit Ayam Yang Ramai Tak Tahu Baik Untuk Kesihatan

Selama ini, korang semua termasuklah Abang Bob telah dimomokkan dengan informasi yang tidak betul tentang kulit ayam. Semua orang berpendapat bahawa kulit ayam tidak elok untuk dimakan sebab ia boleh menjejaskan kesihatan. Tapi serius, kulit ayamlah antara bahagian yang paling sedap lagi-lagi kalau digoreng.

Sebenarnya, berdasarkan kajian, memakan kulit ayam sebenarnya bagus untuk kesihatan diri. Malah pakar juga menyatakan bahawa kulit ayam sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kita semua tidak tahu.

So kali ini, Abang Bob nak senaraikan 7 kebaikan kulit ayam yang bagus untuk kesihatan korang!

Bagus Untuk Kesihatan Jantung

Jika dulu korang semua menyangka makan kulit ayam akan membahayakan kesihatan jantung. Tetapi kini menerusi kajian pakar, kulit ayam mengandungi lemak tidak tepu yang mana ia merupakan sejenis lemak yang baik untuk jantung. Lemak tidak tepu dapat membantu merendahkan tahap tekanan darah dan juga tahap kolesterol sambil mengawal selia hormon dalam tubuh.

Kaya dengan lemak baik

Kulit ayam mengandungi dua jenis lemak. Yang pertama ialah lemak baik yang mana mengandungi lemak tak tepu 8 gram dan lemak tepu 3 gram. Jumlah lemak ini bagus untuk diet pemakanan korang. 

Satu lagi adalah lemak jahat yang akan membuatkan salur darah tersumbat dan membahayakan jantung jika korang makan kulit ayam secara berlebihan. Walaupun kajian menunjukkan kulit ayam bagus untuk kesihatan, tetapi korang tetap perlu makan dalam kadar yang sederhana dan tidak berlebihan.

Baca artikel ini: Sedapnyer! 6 Jenis Tom Yam Korang Wajib Cuba (Jaga-jaga yang ke-7)

Mengandungi Omega 9 Atau Asid Oleic

Kulit ayam ini juga mengandungi Omega 9 atau asid Oleic. Untuk pengetahuan korang, asid oleic ini sering ditemui dalam minyak zaitun. Fungsi asid oleic ini dapat membantu pembentukan lipoprotein yang tinggi dan juga HDL yang akan mengawal sensitiviti glukosa dalam tubuh badan. 

Menu Yang Bagus Untuk Hindari Diet Rendah Lemak

Jika korang ingin hilangkan berat badan, mesti korang ikut diet pemakanan yang rendah lemak betul tak? Tetapi jika korang jadikan hidangan kulit ayam sebagai menu diet, korang tidak perlu risau sebab kulit ayam merupakan salah satu diet rendah lemak yang baik. 

Bukan Semua Lemak Tepu Jahat

Korang perlu tahu bukan semua lemak tepu jahat. Lemak tepu memainkan peranan dalam mengekalkan densiti tulang dan mengatur hormon serta sistem imun dalam tubuh badan. Dan kulit ayam mempunyai jumlah lemak tepu yang di perlukan oleh tubuh badan jika korang makan dalam kadar yang teratur dan seimbang.

Buatkan Korang Tidak Terlebih Makan

Apabila korang makan kulit ayam yang digoreng tanpa sebarang bahan perasa, korang akan merasai hidangan tersebut tawar dan kering. Menerusi tekstur tersebut, ia akan mengawal selera makan agar korang tidak makan secara berlebihan. Pilihan yang bagus jika korang ingin mengawal selera makan yang kuat.

Jumlah Kalori Yang Tidak Banyak Beza

Hidangan ayam sebanyak 340 gram bersama kulit memiliki jumlah kalori sebanyak 50 berbanding hidangan ayam yang dihidangkan tanpa kulit. Hidangan ayam bersama kulit yang dipanggang, menjadikan kulit ayam tersebut sebagai perisai melindungi isi ayam agar tidak menyerap minyak. Isi ayam yang empuk bersama kulit ayam yang rangup menjadikan ia hidangan ayam yang sangat enak!

So lepas ni jangan takut pula untuk makan kulit ayam. Tapi pastikan korang kawal kadar pengambilannya kerana tidak kira apa jua makanan yang korang makan, harus mempunyai batas.

Baca artikel ini: 5 Makanan Eksotik Di Malaysia

Raja Lepak

Read Previous

Chalet Kontena Pelantar Kecil, Port Sesuai Buat Kaki Pancing

Read Next

12 Tempat Menarik Di Batu Pahat Yang Wajib Lawati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *