12 Tempat Menarik Di Batu Pahat Yang Wajib Lawati

Kalau tanya Abang Bob pasal Batu Pahat, yang terlintas di fikiran Abang Bob pengeluar nanas dan mi racun yang sangat sedap dan istimewa.

Apa lagi yang menarik kat Batu Pahat yer? Kalau korang tertanya-tanya, kat sini Abang Bob akan kongsikan 12 tempat menarik yang ada di Batu Pahat yang korang boleh pergi nanti.

Galeri Dato’ Onn

Bangunan yang telah dibina pada tahun 1938 ini terletak di dalam sebuah kawasan padang golf. Sebelum dijadikan galeri, bangunan berkeluasan 4,488 kaki persegi ini merupakan rumah kerajaan yang didiami oleh Dato’ Onn dari tahun 1945 hingga 1947. Masa tu beliau masih memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat. 

Korang boleh melawat Galeri Dato’ Onn sekiranya korang ingin mengikuti kisah hidup pemimpin yang banyak menyumbang kepada kemerdekaan negara ini. Kat sana terdapat banyak foto berkaitan Almarhum di dalam galeri yang menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di dalam hidupnya. Selain itu turut dipamerkan banyak barangan lain yang wujud pada zaman Dato’ Onn seperti basikal tua, senjata, tembikar, barangan perhiasan dan lain-lain lagi.

Wet World Batu Pahat

Siapa yang tidak suka bermandi-manda di taman tema? Walaupun tidak sebesar Sunway Lagoon, Wet World Batu Pahat pasti membuatkan korang sekeluarga sangat berpuas hati kerana boleh bermain gelongsor air, kolam renang berombak, Kiddy Pool dan banyak lagi!

Baca artikel ini: Terokai Tempat Menarik Di Kuala Pilah

Dataran Penggaram

Turut dikenali sebagai Dataran Batu Pahat, dataran ini sangat meriah terutamanya pada musim cuti sekolah dan setiap hujung minggu dengan pelbagai acara seperti pameran, ceramah, persembahan kebudayaan dan banyak lagi. Selain itu, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman yang menarik untuk dibeli. Seterusnya, dataran ini merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama keluarga.

Tugu Batu Pahat

Tugu yang merupakan lambang Batu Pahat ini berdiri dengan megahnya di Dataran Penggaram. Tugu ini memiliki rekaan yang cukup unik untuk menggambarkan nama ‘Batu Pahat’ itu sendiri dengan tangan yang tergantung dan memegang pahat. 

Untuk pengetahuan korang, nama Batu Pahat ini dipilih berdasarkan peristiwa bersejarah yang dikatakan berlaku pada sekitar tahun 1456. Masa itu,  tentera Siam telah datang menyerang kampung Minyak Beku yang merupakan lokasi batu yang dipahat untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Taman Botani Batu Pahat

Taman Botani Batu Pahat merupakan salah satu daripada lokasi penggambaran untuk filem Puteri Gunung Ledang. Kawasan ini pada asalnya merupakan bekas lombong bijih timah pada zaman dahulu. Sekiranya korang melawat Batu Pahat, jangan lupa untuk turut singgah di sini!

Pantai Minyak Beku

Kalau korang sukakan keindahan alam semula jadi, korang boleh mengunjungi Pantai Minyak Beku pada waktu matahari terbit dan terbenam. Pantai ini terletak hanya tujuh kilometer dari Bandar Batu Pahat. Jangan lepaskan peluang untuk memancing di kawasan pantai ini sambil menikmati pemandangan indah!

Batu Pahat Walk

BP Walk ataupun Batu Pahat Walk merupakan kawasan yang terletak di sepanjang Jalan Rahmat. Untuk korang yang sering berjaga malam dan kerap tercari-cari tempat makan pada waktu malam, inilah tempat untuk korang. Terdapat banyak gerai makan yang terdapat di sepanjang jalan ini dan menu yang boleh ditemui di sini termasuk sup yang beraneka rasa, mi bandung, sate, mi rebus dan banyak lagi.

Old Street Batu Pahat

Sekiranya korang merupakan seorang yang sukakan fotografi, korang wajib singgah di Old Street Batu Pahat. Kat sana terdapat sebuah taman dihias cantik yang diberi nama Sky Garden Old Street yang terletak di atas bumbung. Selain taman yang indah, terdapat banyak restoran yang dihias dengan penuh kreatif di bahagian atas bumbung tersebut.

Taman Rekreasi Tasik Y

Tasik ini dinamakan Tasik Y kerana bentuknya seperti huruf Y. Sebelum ini, tasik itu merupakan tapak perlombongan tetapi kini ia merupakan sebuah taman rekreasi yang menerima ramai pengunjung untuk beriadah di waktu petang dan hujung minggu. Taman rekreasi ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti laluan refleksologi, taman permainan, peralatan senaman dan pondok rehat.

Pantai Punggur

Terletak lebih kurang 30 kilometer dari Batu Pahat, pantai ini kelihatan sangat cantik terutamanya pada waktu matahari terbenam. Terdapat sebuah jeti yang merupakan spot yang sempurna untuk korang bergambar berlatarbelakangkan keindahan lautan yang terbentang luas.

Hutan Lipur Bukit Soga Perdana

Hutan Lipur Bukit Soga Perdana ialah sebuah hutan simpan yang memiliki taman rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti trek jogging, tandas dan pondok rehat. Seterusnya, terdapat sebuah menara pemerhatian dalam hutan ini yang berada 785 meter dari titik awal perjalanan dan pemandangan dari menara ini sungguh indah.

Ladang nanas

Ladang nanas yang terletak di Kampung Parit Tengah ini merupakan ladang yang terbesar di Asia Tenggara dan juga yang ketujuh terbesar di dunia. Antara jenis nanas yang diusahakan di sini adalah daripada jenis Josaphine dan juga Morris kerana buahnya yang besar dan isinya yang sangat manis.

Tak sangka banyak juga port-port lepak menarik yang ada kat Batu Pahat. So untuk korang yang ada kat sekitar daerah tersebut, jangan lupa singgah kat sana ok!

Baca artikel ini: 10 tempat percutian ’rare’ di Kedah

Raja.Lepak

Read Previous

7 Kebaikan Kulit Ayam Yang Ramai Tak Tahu Baik Untuk Kesihatan

Read Next

10 Kafe Hipster di Georgetown Yang Bikin Perut ‘Happy’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *