10 Kafe Hipster di Georgetown Yang Bikin Perut ‘Happy’

Penang merupakan sebuah negeri ‘syurga makanan’. Yang mempunyai berbagai genre makanan yang boleh didapati di sini seperti nasi kandar, nasi briyani, cendol, laksa dan roti canai, semuanya ada!

Namun bagi yang ingin pula mengunjungi kafe hipster di Georgetown, berikut Hamka senaraikan 10 kafe hipster di Georgetown yang boleh korang kunjungi yang bukan sahaja halal, malah sedap dan unik.

1.   Jawi House Cafe Gallery

Kredit: mytravellicious
kafe hipster georgetown
Kredit: foursquare

Dekorasi kafe Jawi House Cafe Gallery sememangnya memukaukan mata. Konsep dekor ala-ala tradisional ini juga membuatkan ramai pelanggan selesa untuk bersantai di sini bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Hidangan di kafe ini berkonsepkan Jawi Peranakan. Antara yang boleh anda cuba ialah Jawi Balmieh dan Lemuni Rice with Chicken Curry. Selain enak, saiz hidangannya juga besar. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

2.   Wheeler’s

Kredit: penang-traveltips
wheelers
Kredit: foursquare

Tidak keterlaluan jika kami katakan yang kafe Wheeler’s ini sememangnya syurga buat pencinta kopi. Bau kopi yang dibru sahaja mampu membuat sesiapa sahaja kecur air liur!

Antara kopi yang boleh anda cuba ialah Tiramisu Latte, Toffee Nut Latte, Espresso Panna Cotta dan Penne Arrabiata. Berbeza jenis, namun keenakkannya masih sama.

Untuk makanan pula, korang boleh cuba Wheeler’s Big Breakfast. Saiz hidangan yang besar semestinya menjamin keenakkan, rugi kalau tak cuba! Memang signature makanan diorang di sini

3.   Lagenda House & Cafe

Kredit: Agoda
Kredit: kenthuntfood

Kafe Lagenda House ini menyediakan makanan Indonesia yang bukan sahaja sedap rasanya, malah asli resepinya. Kafe ini juga merupakan antara kafe hipster di Penang yang cukup terkenal.

Antara menu yang wajib anda cuba ialah Gado-Gado, Set Ayam Penyet, Set Ikan Bakar dan Set Rendang Ayam. Melihat gambarnya pun sudah boleh bikin terliur, bayangkan merasainya sendiri. Dijamin enak tak terhingga!

4.   Gudang Café

ramen
Imej via Foursquare

Kafe Gudang ini menyediakan makanan Jepun. Bukan sejenis dua, tetapi ada berbagai! Sebut sahaja apa yang anda mahu – Udon, Ramen, Set Nasi, semuanya ada!

Korang  boleh cuba Salmon Katsu Don, Teriyaki Chicken Don, Fried Udon, Unagi Tempura dan banyak lagi. Untuk minuman, Gudang Iced Coffee merupakan yang terlaris di kafe ini.

5.   Brown Pocket Cafe

Kredit: Opensnap

Menikmati pencuci mulut yang manis sambil menghirup kopi yang sedap merupakan antara cara yang terbaik untuk membangkitkan mood. Untuk itu, singgah sahaja di kafe Brown Pocket untuk menikmati hidangan tersebut!

Untuk pencuci mulut, kafe ini menyediakan waffle, pancakes, yogurt & ice desert. Untuk kopi pula, matcha latte dan caramel latte merupakan antara yang terlaris.

6.   Harvest In Cafe

honey
Kredit: Foursquare

Kebanyakan kafe hipster menyediakan menu yang kerap kita dengari seperti Chicken Chop dan Lamb Chop. Inginkan kelainan? Singgah sahaja di Harvest In Cafe!

Antara menu yang menarik yang boleh dicuba ialah Prawn Linguine with Basil, Mushroom Soup, Honey Oat Chicken, Aglio Olio dan Bombay Chicken.

7.   Awesome Canteen

awesome canteen kafe hipster georgetown

Kafe Awesome Canteen ini menyajikan hidangan Barat dan Jepun. Untuk minuman, kopi dan jus di sini merupakan antara minuman yang kerap menerima pesanan di sini.

Menu-menu yang boleh anda pesan ialah Ramen, Japanese Style Salad, Japanese Curry Rice, Salmon Sashimi Don dan Spaghetti Bolognese. Untuk minuman pula, Hamka sarankan agar korang cuba Black Tonic. Kopi yang pekat dan padu!

8.   The Safe Room

Kredit : The Safe Room

Bagi yang menggemari pencuci mulut Barat, The Safe Room adalah kafe yang wajib anda serbu. Interior kafe yang cantik juga menarik perhatian ramai pelanggan.

Kafe ini terkenal dengan aiskrim yang bernama Liquid Nitrogen Ice Cream. Antara yang boleh dicuba ialah Signature Coconut, aiskrim kelapa yang manis & menyegarkan tekak!

9.   The Table Penang

the table full house kafe hipster penang

Sesetengah kafe hipster menyajikan beberapa jenis menu sahaja. Mengecewakan? Semestinya! Namun, perkara sebegini tidak akan anda lalui jika anda singgah di The Table Penang.

Menu yang disajikan di kafe ini kebanyakannya makanan Barat. Korang boleh cuba aglio olio, chicken grill, lamb grill dan burger. Untuk minuman pula, ada berbagai jenis kopi boleh anda nikmati.

Untuk kekenyangan yang lebih berganda, Hamka cadangkan agar anda pesan The Table Full House yang menyajikan spaghetti, onion ring, fish & chips, chicken chop, mashed potatoes, pasta & meatballs!

10.   More by Arang Coffee

more by arang coffee kafe hipster georgetown

Konsep dekor kafe More by Arang Coffee ini sungguh cantik dan menyenangkan. Sesuai juga jika anda singgah di sini untuk membuat kerja sambil menghirup kopi mereka yang digemari ramai!

Bukan kopi sahaja yang boleh didapati di sini, malah hidangan lain yang berkonsepkan makanan Barat juga turut disediakan. Pasta seperti seafood aglio olio & spaghetti carbonara merupakan antara yang tersedap di sini.

Bagaimana? Sudah tak sabar-sabar mahu singgah di kafe-kafe ini? Banyak lagi sebenarnya kafe hipster yang boleh korang terjah di Penang. Yang ini merupakan antara yang paling popular. Jangan lupa terjah.  Singgah pada waktu yang sesuai ya, takut nanti terlepas peluang pula.

Artikel berkaitan
11 Makanan Tradisi Perak Hampir Pupus
Kecur Air Liur! 12 Durian Ini Wajib Anda Cuba

Raja Lepak

Read Previous

12 Tempat Menarik Di Batu Pahat Yang Wajib Lawati

Read Next

Ini Sebab Mengapa Beg Anda Sering Target Pencuri di Airport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *