Bosan Makan Nasi? Cuba Try 7 Masakan Berasaskan Kentang Yang Simple Dan Sedap!

Abang Bob dah beberapa hari rasa tak lalu nak makan nasi. Hari-hari pun lauk yang sama jer. Hari tu masa belanja barang dapur Abang Bob ada beli seguni ubi kentang. 

Melambak lagi kat dapur tu. Ingat nak buat masakan berasaskan kentang jer nanti. Tak sangka rupanya ada macam-macam menu yang boleh kita buat dengan menggunakan kentang.

Nah! Kat sini Abang Bob nak kongsikan idea apa yang korang boleh buat dengan menggunakan kentang kalau korang dah tak lalu dah nak makan nasi.

Pai Shepherd

Resepi Pai Shepherd ini memang begitu memuaskan kerana mempunyai satu lapisan kentang dan juga daging dan sayur. Resepi ini juga sangat mudah kerana pai ini tidak memerlukan crust tambahan. Malah, korang hanya perlu melenyekkan kentang dan bakarkan dalam ketuhar jer. Kalau makan dengan sos Thai, fuhhh!

Bergedel Kentang

Bergedel Kentang ini memang enak dinikmati dengan soto ayam tetapi hidangan ini juga lazat kalau makan macam tu jer. Menu ini juga sangat mudah untuk dihasilkan kerana mempunyai pelbagai tekstur. Terdapat hirisan ayam, bawang goreng dan daun bawang. Memang sedaplah! 

Baca artikel ini: Meleleh Air Liur! Cepatlah Pulih Tak Sabar Makan Kat Sabah

Donut Kentang

Donut Kentang ini mudah jer untuk dihasilkan. Korang hanya perlu menambahkan kentang rebus sahaja kepada adunan donut. Pasti akan mendapat donut yang gebu dan ringan. Disalut pula dengan gula, memang lazat. Anak kecil pun pasti suka! 

Salad Kentang

Tujuan Abang Bob beli seguni kentang haritu sebab nak buat salad kentang laa. Memang feberet! Salad Kentang memang hidangan sampingan disukai orang ramai. Manakan tidak, resepi ini sangat mudah untuk disediakan kerana korang hanya perlu merebus kentang, potong dadu semua bahan-bahan dan gaulkan sahaja! Ditambah pula dengan sos mayonis dan sayur-sayura segar ikut kreativiti korang. Sedapnya! 

Telur Dadar Kentang

Untuk siapa yang nak diet dan kenyang, boleh try Telur Dadar Kentang ini. Sangat unik dan simple sekali. Tambahan kentang rebus kepada telur dadar memberikan sedikit tekstur kepada hidangan ini. Kentang juga membuatkan hidangan ini menjadi lebih mengenyangkan. Tak ada laa nanti korang kejap-kejap bukak peti sejuk cari makanan.

Jemput-Jemput Kentang

Jemput-Jemput Kentang ini wajib dicuba jika korang mahukan sedikit kelainan kepada snek petang. Apa yang menarik tentang resepi ini ialah kentang menambahkan kerangupan kepada hidangan ini. Sedap betul! 

Kuih Bingka Kentang

Yang rajin buat kuih boleh laa try nanti. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan kerana korang hanya perlu merebuskan kentang, gaulkan bersama santan dan bakarkan dalam ketuhar sahaja. Mudah sangat! Sedap pun sedap.

Amacam? Menarik ke tidak? Alaaa bukan selalu pun. Nanti kalau korang dah jemu makan kentang, makan laa nasi balik. Abang Bob tahu, perut orang Malaysia ni memang nak kena sumbat nasi juga. Nanti kalau ada idea, Abang Bob kongsikan idea masakan lain ok.

Baca artikel ini: Sedapnyer Kalau Lepas Makan Dapat Pekena 7 Dessert Ni. Korang Suka Yang Mana?

Raja Lepak

Read Previous

Persis Cinderella. Dari Peminta Sedekah Jadi Selebriti Terkenal

Read Next

Menakjubkan! Pergunungan Himalaya Dapat Dilihat Dengan Jelas Selepas 30 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *