Persis Cinderella. Dari Peminta Sedekah Jadi Selebriti Terkenal

Betul laa orang kata ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Dah macam kisah Cinderella pulak Abang Bob rasa. Yer laa, daripada kehidupannya yang dahulu bergelumang dengan kemiskinan, dalam sekelip mata sekarang semuanya berubah.

Abang Bob bercakap pasal kehidupan seorang gadis miskin bernama Rita Gaviola dari Filipina yang kini berusia 13 tahun.

View this post on Instagram

?? ? & ?: @eoncleofas

A post shared by Rita Gaviola (@itsritagaviola) on

View this post on Instagram

My courage is my crown and I wear it like a queen ??

A post shared by Rita Gaviola (@itsritagaviola) on

Kira-kira empat tahun lalu, Rita seorang peminta sedekah kat bandar tempat dia tinggal di Lucban.

Tapi sekarang, kehidupan dia berubah 180 darjah. Mana tidak, dia sekarang boleh berbangga selepas bergelar model pakaian berjenama, mula muncul di rancangan realiti tv dan mempunyai sejumlah 100,000 pengikut di laman Instagram!

Kehidupan Rita berubah selepas ada seorang jurugambar profesional telah mengambil gambarnya secara ‘candid’ semasa dia sedang meminta sedekah di jalanan.

Memang sejak kecil lagi Rita terpaksa membantu keluarganya yang miskin mencari wang untuk membeli beras setiap hari.

Baca artikel ini: Ajaib! Lelaki Hilang Ingatan Sembuh Lepas Tengok Berita COVID-19

View this post on Instagram

Thank you #PBBOtso 🙂

A post shared by Rita Gaviola (@itsritagaviola) on

Bapanya hanya bekerja sebagai pengutip sampah. Mak dia pula terpaksa menjaga lima orang adik-adiknya yang masih kecil.

Satu hari, jurugambar yang terlibat, Topher Quinto Burgos telah mengambil gambar Rita dari jauh sebab dia terpegun dengan kecantikan asli gadis Filipina itu.

View this post on Instagram

Hi ??

A post shared by Rita Gaviola (@itsritagaviola) on

Gambar Rita kemudiannya diupload kat laman sosial dan telah mendapat ramai pujian tentang kecantikan yang dimilikinya. Rita ni berketurunan etnik minoriti Badjao.

Haaa! Sejak daripada itulah kehidupan Rita mula berubah. Sebab pesona kecantikan yang dia miliki, Rita telah diambil menjadi model. Sekarang ni Rita dah jadi terkenal dan kaya-raya. 

Pada tahun 2018, Rita ada memuat naik video kat laman YouTube yang menunjukkan dia telah membeli sebuah rumah baru untuk keluarganya. Rumah baru dia tu dibiaya oleh salah seorang peminatnya dari AS bernama Grace Kreutzer. Wah! Beruntungnyer!

Sebab tu Abang Bob cakap, kisah Rita ni tak ubah macam cerita Cinderella. Hanya sebab sekeping gambar jer, kehidupan dia terus berubah.

Agak-agak ada tak mana-mana nak ambil gambar Abang Bob? Mana tahu boleh jadi model lepas ni. Hahaha!

Baca artikel ini: Smurf Ke Ni? Lelaki Cacah Seluruh Tubuh Dengan Tatoo Biru Untuk Bina Keyakinan

Raja Lepak

Read Previous

Sleeping Beauty: Mumia Paling Sempurna Di Dunia

Read Next

Bosan Makan Nasi? Cuba Try 7 Masakan Berasaskan Kentang Yang Simple Dan Sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *