Menakjubkan! Pergunungan Himalaya Dapat Dilihat Dengan Jelas Selepas 30 Tahun

Abang Bob tak dapat nafikan sejak pelaksanaan perintah berkurung, bukan jer kat Malaysia bahkan beberapa buah negara lain kat dunia, ada beberapa perubahan positif yang Abang Bob nampak.

Antaranya tahap kualiti udara dilihat semakin bersih. Salah satu kesan ketara bila penduduk dekat utara India dapat melihat pergunungan Himalaya yang diliputi salji dari jarak sejauh 200 kilometer buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun!

Abang Bob sendiri tumpang teruja bila tengok gambar yang dikongsikan penduduk kat sana dalam laman sosial.

Pemandangan pergunungan Himalaya memang sungguh mengagumkan dengan latar gunung bersalji yang sangat indah.

Rata-rata penduduk kat sana cakap, inilah kali pertama dorang dapat tengok pemandangan pergunungan Himalaya dengan sangat jelas hanya dari rumah walaupun kedudukannya terletak sejauh 200 kilometer.

Baca artikel ini: Unik! Lain Macam Design Keranda Tu Yer

Bukan itu sahaja, sebab kualiti udara yang sangat bersih, bahkan dorang juga boleh melihat bintang-bintang dengan jelas pada waktu malam.

Untuk pengetahuan korang, India yang mempunyai populasi penduduk hampir 1.4 bilion sudah melaksanakan perintah berkurung sejak 22 Mac lalu. Sejak itu, tahap kualiti udara kat sana telah meningkat sebanyak 33 peratus.

Kat negara kita sendiri Abang Bob dapat rasai juga perubahan pada tahap kualiti utara. Walapun tengah panas terik, tapi rasanya tak sepanas sebelum ini.

 Sebenarnya guys, impian kita semua nak tengok alam sekitar yang bebas pencemaran tak mustahil untuk dicapai. Abang Bob harap, walaupun selepas tamat perintah berkurung ni, kualiti udara di seluruh dunia termasuk negara kita ni dapat dikekalkan keadaannya.

Baca artikel ini: Persis Cinderella. Dari Peminta Sedekah Jadi Selebriti Terkenal

Raja Lepak

Read Previous

Bosan Makan Nasi? Cuba Try 7 Masakan Berasaskan Kentang Yang Simple Dan Sedap!

Read Next

Kira Biji Dalam Buah Sebab Terlalu Bosan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *