Sedapnyer Kalau Lepas Makan Dapat Pekena 7 Dessert Ni. Korang Suka Yang Mana?

Bukak gerobok kat dapur, tengok bahan semua cukup. Mana tidak terbeli lebih masa panic buying haritu. Hehehe. Rasa macam nak buat pencuci mulut laa pulak esok dah alang-alang ada masa banyak kat rumah ni. Sekarang ni kat dalam kepala otak Abang Bob ada tujuh jenis dessert yang abang rasa teringin sangat nak makan. Ada yang jadi feberet korang tak?

Puding Sagu

Gabungan lemak santan bersama rasa manis gula melaka membuatkan Puding Sagu ini pencuci mulut yang terbaik sekali. Puding Sagu pasti akan mendapat sambutan hangat di meja makan. Sedap sangat!

Bubur Caca

Pencuci mulut klasik Nyonya ini mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum dengan gembira. Gandingan sagu, keledek dan labu menjadikan Bubur Caca ini dessert yang sangat memuaskan. Abang Bob punya feberet!

Baca artikel ini: Terliur Dibuatnya! Masakan Padang Yang Sangat Ohsem!

Bubur Pulut Hitam

Teringat kat mak Abang Bob. Bubur Pulut Hitam Memikat memang secocok dengan namanya. Rasanya yang manis dan berlemak mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memakannya. Resipi ini juga sangat mudah! Memang wajib cuba.

Badak Berendam

Kuih ala mochi Jepun yang berinti kelapa parut ini pasti akan memuaskan hati sesiapa sahaja. Badak Berendam ini dihidangkan bersama kuah santan yang manis dan berlemak. Sangat meliurkan! Tapi mana badaknya?

Bubur Butir Nangka

Bubur Butir Nangka seakan sama dengan Badak Berendam tetapi seperti namanya, Bubur Butir Nangka agak kecil saiznya. Pencuci mulut ini juga dihidangkan bersama santan dan gula melaka. Senang dan sedap!

Bubur Som Som

Lagi satu pencuci mulut yang klasik dan jarang dijumpai sekarang ialah Bubur Som Som. Resipi ini sangat simple untuk disediakan. Orang-orang tua pasti akan berasa nostalgik! Ok yang ini Abang Bob tak pernah makan lagi.

Bubur Jagung Manis

Bubur Jagung Manis sememangnya pencuci mulut kegemaran ramai. Resipi ini khas untuk anda yang sedikit malas tetapi masih mahu menikmati dessert. Kepakaran Abang Bob dalam membuat manisan. Nak try?

Ok korang, yang mana satu pilihan selera korang? Semua sedap-sedap. Tapi kalau nak makan tu please berpada-pada ok. Semua ni memang manis-manis. Jaga kesihatan tu. Oklah, nak ke dapur rendam sagu. Esok rasanya nak buat pudding sagu. Hihihi tata!

Baca artikel ini: Meleleh Air Liur! Cepatlah Pulih Tak Sabar Makan Kat Sabah

Raja Lepak

Read Previous

Atlet ‘Ironman’ Sepanyol marathon 61km Selama 10 Jam Hanya Dalam Rumah!

Read Next

Orang Kaya Di Dunia Pun Terjejas Dek Kerana Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *