Atlet ‘Ironman’ Sepanyol marathon 61km Selama 10 Jam Hanya Dalam Rumah!

Hello, whatzup guys. Hari ini bersama Damak semula. Pembaca-pembaca Damak, apa khabar guys? Damak berharap agar korang semua dalam keadaan sihat di rumah. Damak juga harap korang jaga kesihatan, sentiasa melakukan aktiviti yang mampu menyihatkan badan.

Kalau korang nak tahu Damak mendapat inspirasi untuk melakukan aktiviti senaman ini pun disebabkan ada seorang atlet Sepanyol yang menghabiskan 10 jam masanya untuk berlari maraton sejauh 61 kilometer (km) di dalam rumahnya susulan perintah berkurung

Kredit : Odity Central

Javier Castroverde yang sudah berusia 41 tahun dari Galicia, Sepanyol berbuat demikian bagi mengisi masa lapangnya. Yang Damak salute dengan dia ini walaupun berada dalam sebuah pangsapuri agak kecil, dia dapat melakukan maraton sejauh 61km dalam tempoh 10 jam.

Dia juga memberi bukti bukan setakat gambar jer dengan berkongsi data yang dicatatkan oleh aplikasi telefon pintar dan mendedikasikan prestasinya kepada ahli profesional kesihatan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu orang lain.

Kredit : Spain News

Sebenarnya Castroverde ini bukan calang-calang orang. Damak buat research sikit yang dia ini pernah menamatkan lima kejohanan Ironman mengakui ‘cabaran 061’ itu yang dia lakukan di rumah itu dia mengerti bukan untk semua orang.

Namun dia berharap apa yang dilakukannya itu mampu menjadi contoh buat kita untuk melakukannya di rumah. Dia juga berharap pencapaian itu akan memberi inspirasi kepada beberapa atlet amatur yang keluar untuk berlatih setiap hujung minggu.

Dia juga berkongsi, latihan yang dilakukannya itu dari segi psikologi, ia merupakan ujian yang paling sukar pernah dia lakukan sepanjang hidup. Pada awalnya, dia pernah berputus asa untuk melakukan larian itu di dalam rumah ketika sudah mencapai jarak 54km.

Kredit : torcedores.com

Bagaimanapun, mesej sokongan yang diterima netizen di media sosial dan keluarganya banyak memberinya kekuatan untuk meneruskan misi itu. Dia memang seorang yang hebat mampu berlari sejauh 61km dalam rumah sahaja.

Namun, buat kita rakyat marhain, yang biasa-biasa ini, kalau korang nak buat dalam lima ke 10km pun dah okay dah korang. Itulah yang Damak praktikkan di rumah ketika Perintah Kawalan ini dilaksanakan. Jadi korang, jom kita amalkan gaya hidup sihat.

Kalau korang bosan-bosan itu, baik keluarkan peluh, selesa sikit badan korang bila peluh. Nak buat kerja rumah pun selesa guys. So, amalkan gaya hidup sihat dan korang, Just Stay Home tau, jangan keluar rumah melainkan ianya keperluan.

Artikel berkaitan
Bila Masa Kami Tukar Hotel CR7 Jadi Hospital buat pesakit COVID-19?
Tak perlu ‘Salam Keruk’, Majlis Kahwin ‘Drive Thru’ Trending Sempena Covid-19

Raja Lepak

Read Previous

Prihatin Nasib Petugas Kesihatan. Komuniti FB Cipta Face Shield Untuk Keperluan Petugas

Read Next

Sedapnyer Kalau Lepas Makan Dapat Pekena 7 Dessert Ni. Korang Suka Yang Mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *