Orang Kaya Di Dunia Pun Terjejas Dek Kerana Covid-19

Kalau korang nak tahu, pandemik koronavirus (Covid -19) yang menular ke hampir serata dunia dalam tempoh tiga bulan lalu bukan sahaja menjejaskan kehidupan kita sebagai rakyat marhain nampaknya turut menjejaskan nilai kekayaan manusia paling kaya di dunia.

Dalam artikel Bloomberg Billionaires Index yang Hamka membuat bacaan tadi mendedahkan bermula 13 Mac lalu, individu yang terjejas adalah mereka yang terkenal dan berada dalam senarai 500 manusia paling kaya di dunia seperti Jeff Bezos, Bill Gates dan Bernard Arnault.

Bill Gates, Foto: TNW

Pengasas Amazon, Microsoft dan Pengerusi LVMH Moët Hennessy juga masing-masing dilaporkan mengalami penyusutan kekayaan sehingga 10 peratus berbanding tahun lalu. Buat bisnesman, 10 peratus ni dah banyak kan buat korang.

Jeff Bezos

Bezos pula yang mempunyai kekayaan bernilai AS$110 bilion (RM480 bilion) mengalami penyusutan pendapatan sehingga 7.3 peratus manakala nilai kekayaan Gates menyusut kepada 5.09 peratus menjadi AS$99.2 bilion (RM432 bilion) berbanding AS$100 bilion (RM436 bilion) pada tahun lalu.

Bernard Arnault, Foto: The Business of Fashion

Nilai kekayaan Arnault pula dilaporkan menyusut sebanyak 8.57 peratus menjadi AS$82.5 bilion (RM358 bilion). Nilai kekayaan beliau dilaporkan menyusut selepas syarikatnya yang merangkumi 70 jenama terkenal seperti Louis Vuitton dan Sephora kehilangan pelanggan utama yang terdiri daripada rakyat China.

Jack Ma, Foto : CNN

Nasib yang sama juga menimpa beberapa hartawan terkenal dunia seperti pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma yang menyusut nilai kekayaannya sekitar 4.1 peratus iaitu kira-kira AS$1.7 bilion (RM7.4 bilion) kepada AS$39.4 bilion (RM171.6 bilion) daripada AS$41 bilion (RM179). Kekayaan pemilik jenama Zara, Amancio Ortega pula menyusut 8.17 peratus menjadi AS$58.1 billion (RM253 bilion) daripada AS$63.3 bilion (RM276 bilion).

Mark Zuckerberg, Foto : Tribun News

Paling terjejas teruk yang Hamka baca ialah Mark Zuckerberg yang dilaporkan pengasas Facebook itu mengalami penyusutan nilai kekayaan sehingga 9.5 peratus. Nilai kekayaan diperoleh sebanyak AS$63.1 bilion (RM275 bilion) berkurang kepada AS$57.4 bilion (RM250 bilion).

Penyusutan tersebut dilaporkan berpunca daripada kecaman orang ramai yang mendakwa syarikat dikendalikannya itu menyediakan berita palsu tentang penularan pandemik.

Nampaknya, Covid-19 menyerang dan menjejaskan sesiapa sahaja di muka bumi ini sama ada dari segi kesihatan ataupun kekayaan. Jadi, bukan kita sahaja yang terjejas malah mereka yang memiliki nama besar di dunia pun turut terjejas.

Artikel berkaitan
Kuarantin 40 Hari?! Sanggup Ke? China Beransur Bebas Dari COVID-19
‘Social Distancing’ Lebih Berkesan. Buat Rakyat Tidak Sengara seperti ‘Lockdown’

Raja Lepak

Read Previous

Sedapnyer Kalau Lepas Makan Dapat Pekena 7 Dessert Ni. Korang Suka Yang Mana?

Read Next

Uniknya Cara Orang Turki Bantu Golongan Daif Ketika Musim Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *