Ini ‘Rare’! Pengantin Pakai Baju Hujan Waktu Akad Nikah

Bermacam-macam ragam di seluruh dunia terjadi ketika dunia sedang dilanda pandemik Covid-19. Ini dibuktikan dengan gambar pasangan pengantin di Indonesia memakai baju hujan ketika majlis akad nikah bagi mengelak dijangkiti wabak tersebut.

Laporan Kompas memberitahu pemakaian baju hujan perlu bagi mengekang wabak Covid-19 menjangkiti tetamu lain.

Sebelum bermulanya proses ijab kabul berlangsung di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki diminta melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Namun bila mendapati suhu pengantin lelaki mencecah 38 darjah celsius, pengantin perempuan dan wali perlu memakai baju hujan sebagai langkah pencegahan.

Selepas majlis tersebut, pengantin lelaki kini menjalani kuarantin selama 14 hari seperti saranan petugas perubatan sebagai Orang Dalam Pemantauan (ODP).

Gambar mereka dimuat naik di Twitter @NoviaFm dan sehingga kini ciapan itu diulang kongsi 1,540 netizen dan lebih 3,100 tanda suka.

Nampak pelik tapi bagi pendapat Hamka sendiri ini cara yang bagus bagi mengatasi Covid-19 walaupun sepatutnya majlis-majlis sebegini tidak sepatutnya dilakukan kerana dikhuatiri ada di antara pengunjung yang datang telah dijangkiti wabak tersebut.

Dekat Malaysia, jangan korang buat pula tau… nanti kalau abam-abam polis datang tangkap, Hamka tak tahu ye!

Artikel berkaitan
Dahulunya berenang laut! Kini Lembut Hanyut Lahir ‘Anak Lembu Laut’
Tabik Spring! Abam Polis Tak Sampai Hati Abaikan Tiga Beranak Kelaparan Ketika PKP

Raja Lepak

Read Previous

Pakai Krim Tiruan, Wanita Bertukar Jadi Hijau

Read Next

Bos Jadi Kentang Ketika ‘Meeting Online’?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *