Tabik Spring! Abam Polis Tak Sampai Hati Abaikan Tiga Beranak Kelaparan Ketika PKP

Sedang kita diselubungi kerisauan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kadang-kadang membuatkan Hamka terfikir bagaimana nasib golongan yang kurang bernasib baik. Buat mereka yang hanya “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, mungkin ini keadaan sukar buat mereka khususnya untuk memberi makan buat ahli keluarga.

Keadaan ini dapat dilihat menerusi perkongsian oleh Polis Johor di Facebook, di mana dua pegawai polis Johor menemui pasangan suami isteri dan anaknya berusia setahun ketika melakukan rondaan taman permainan dekat Taman Tampoi Indah, Johor Bahru.

Kredit : Facebook Polis Johor

Pasangan suami isteri bersama anak mereka pada mulanya diminta untuk pulang ke rumah sebagai mematuhi PKP namun si isteri tiba-tiba menangis memaklumkan mereka tiada wang dan semua bekalan makanan di rumahnya sudah kehabisan.

Malah apa yang membuatkan Hamka sebak, anak kecil itu ketika ditemui pihak polis hanya berbekalkan botol susu yang diisi air milo.

Anggota berkenaan yang bersimpati kemudiannya membawa keluarga itu ke kedai runcit berdekatan dan membelikan susu kepada anak pasangan terbabit serta barangan makanan.

Kredit : Facebook Polis Johor
Kredit : Facebook Polis Johor

Menerusi Facebook itu juga, pasangan keluarga itu tinggal di Taman Tampoi Indah dengan menyewa bilik. Suaminya tidak lagi bekerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja manakala isteri seorang tukang cuci di Larkin dan kini diarahkan bercuti.

Berat sungguh dugaan mereka kan. Bergenang air mata jantan Hamka. Jadi, kta seharusnya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada kerana sebenarnya ada yang lebih susah daripada kita.

Artikel berkaitan
Jordan Guna Khidmat Bas Agih Roti Dek Kerana ‘Lockdown’?
Uniknya Cara Orang Turki Bantu Golongan Daif Ketika Musim Covid-19

Raja Lepak

Read Previous

Pesakit Covid-19 Poland Wajib Hantar ‘Selfie’ Sepanjang Tempoh ‘Home Quarantine’

Read Next

Lain Kali Pakai Seluar! Suami Muncul Berseluar Dalam Semasa Isteri Sedang Bermesyuarat Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *