Pakai Krim Tiruan, Wanita Bertukar Jadi Hijau

Alaaa! Kesian betul Abang Bob tengok nasib seorang wanita ni. Nak cantik punya pasal, last-last lain pulak yang jadi.

Semuanya gara-gara dia tersalah menggunakan krim kecantikan tiruan, habis satu badan dia berubah menjadi hijau. Ni baru betul nama dia ‘mak ko hijau!’. Hahahah ok gurau.

Kejadian ni telah menimpa seorang wanita bernama Jenni Coleman yang berusia 35 tahun. Dia ni berasal dari bandar Wythenshawe, England.

Biasalah lah, Mat Salleh ni dia ada satu tabiat iaitu suka menggelapkan kulit supaya kulit mereka kelihatan lebih ‘tan’ ala-ala gadis Latina.

Baca artikel ini: Tradisi Letak Bantal Atas Peti Sejuk Untuk Bawa Tuah

Gara-gara ingin mendapat warna kulit yang diinginkan, si Coleman ni telah menggunakan sejenis krim yang tidak diketahui sebenarnya ia adalah tiruan.

Hambek kau! Niat nak menggelapkan kulit kepada warna coklat keperangan, sekali satu badan bertukar menjadi hijau.

Bukan setakat badan jer tau, Coleman ni juga menggunakan krim tiruan tu kat muka sebab dia langsung tak meragui krim tersebut adalah tiruan.

Gadis malang tu mula menyedari seluruh tubuh dari hujung kaki sehingga hujung kepalanya berubah menjadi hijau selepas bangun tidur pada keesokan harinya.

Bila dia dah bertukar jadi hijau, barulah Coleman memeriksa krim yang dia gunakan, dan ternyata ia adalah krim palsu.

Takkan nak keluar rumah dalam keadaan macam tu? So apa yang Coleman ni buat ialah, dia mandi berkali-kali dan menggunakan krim exfoliant dalam usaha untuk menghilangkan warna hijau pada badannya.

Aduh tak pasal-pasal mendapat. Terima jer laa diri kita ni seadanya, tak perlu nak diubah lagi. Nasib baik boleh hilang warna hijau tu, kalau kekal macam mana? Selamanya laa jadi Fiona, isteri kepada Shrek. Hahaha.

Baca artikel ini: Smurf Ke Ni? Lelaki Cacah Seluruh Tubuh Dengan Tatoo Biru Untuk Bina Keyakinan

Raja Lepak

Read Previous

Wujud Sejak 7,000 Tahun Lalu. Nah! 7 Keju Terbaik Dunia

Read Next

Ini ‘Rare’! Pengantin Pakai Baju Hujan Waktu Akad Nikah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *