Tradisi Letak Bantal Atas Peti Sejuk Untuk Bawa Tuah

Abang Bob ingat lagi masa kecik-kecik dulu selalu kena marah dengan mak abang kalau duduk atas bantal.

Orang tua-tua cakap, kalau duduk atas bantal nanti punggung tumbul bisul. Tapi sebenarnya petua orang dulu-dulu tu sebab tak nak kita duduk atas bantal. Bantal kegunaannya di kepala, bukan dekat punggung.

Tapi korang jangan ingat masyarakat Melayu jer tau yang ada pantang larang pasal bantal, Mat Salleh pun ada yer.

Kat Eropah dan Amerika Syarikat, diaorang ada hari menyambut Put A Pillow On Your Fridge Day  yang dirai pada setiap tanggal 29 Mei.

Kalau korang nak tahu, orang-orang kat sana akan meletakkan bantal yang selalu digunakan untuk tidur kat atas peti ais bagi tujuan untuk membawa tuah pada keluarga.

Baca artikel ini: Dahulunya berenang laut! Kini Lembut Hanyut Lahir ‘Anak Lembu Laut’

Sebelum peti ais dicipta, orang-orang Eropah menggunakan sebuah bilik kecil bersuhu dingin untuk simpan makanan yang mudah rosak.

Masa tu diaorang percaya bahawa, kalau mereka meletakkan kain linen kat dalam bilik tu, seluruh ahli keluarga mereka akan mendapat tuah dalam hidup.

Tapi oleh sebab zaman dah canggih dan kat rumah masing-masing dah ada peti sejuk, mereka tetap meneruskan amalan tradisi tu dengan menukar daripada bilik dingin tadi kepada peti sejuk.

Daripada situlah tradisi meletakkan bantal kat atas peti ais bermula. Sampai hari ini tradisi tu masih diteruskan.

So siapa kata kehidupan orang barat ni dah terlalu moden sampaikan mereka lupa tradisi yang dilakukan oleh nenek moyang mereka?

Diaorang pun macam kita juga, berusaha untuk memelihara warisan tinggalan nenek moyang supaya tidak lenyap ditelan zaman.

Baca artikel ini: Smurf Ke Ni? Lelaki Cacah Seluruh Tubuh Dengan Tatoo Biru Untuk Bina Keyakinan

Raja Lepak

Read Previous

Saka Pendamping Dari Alam Mistik

Read Next

Biar Benar! Kedai Makan ‘Hipsters’ Wujud Di Felda Lurah Bilut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *