Saka Pendamping Dari Alam Mistik

Sebelum ini Atok ada bercerita tentang Hantu Raya, iaitu saka yang diwarisi secara turun-temurun. Atok tak habis cerita lagi sebenarnya tentang saka ni. Saka ialah antara perbuatan ilmu hitam yang dah lama wujud dan diamalkan oleh sesetengah individu kat dunia ni, bukan sahaja di Malaysia.

Apa yang menakutkan, saka ialah amalan yang dilakukan antara manusia yang bekerjasama dengan makhluk dari alam ghaib iaitu jin dan syaitan.

Kat sini Atok nak senaraikan beberapa fakta mengenai saka yang mungkin cucu-cucu sekalian tak tahu. Baca baik-baik yer:

  • Berbanding sihir atau santau, saka paling susah dan memerlukan masa yang agak panjang untuk diubati. Sebab lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, maka lebih sukar untuk membuangnya.
  • Cucu kena ingat yang satu ni. Pewaris yang memelihara saka akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika nazak kerana roh susah nak keluar daripada jasad. Maka si pewaris itu akan terseksa sehingga menemui ajalnya.
  • Orang yang memelihara saka akan melakukan amalan yang tidak benar seperti memuja kubur atau tengkorak, meminum darah dan sebagainya.
  • Upacara saka dilakukan dengan membaca jampi dan mantera bertujuan untuk menyeru kehadiran syaitan. Lepas berjaya menyeru kehadiran jin dan syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dibuat antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.
  • Syaitan yang diseru akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga tuan tersebut boleh menggunakan kebolehan makhluk halus untuk tujuan kepentingan diri sendiri.

Baca artikel ini: Hantu Raya Saka Turun-Temurun

  • Manusia menggunakan saka untuk kepentingan seperti menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta, digeruni ramai, menjadi kaya dan membantu bekerja di ladang dan lautan.
  • Mula-mula, saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti memberi perlindungan, tapi semua itu akan berubah sedikit demi sedikit sehingga saka itu sendiri akan menguasai tuannya.
  • Bila pemilik saka sudah meninggal dunia, namun saka tersebut enggan meninggalkan tuannya, maka saka tersebut akan ‘menumpang’ dalam jasad tuan tersebut. Pemilik saka akan kelihatan masih hidup dan bergerak, walaupun sebenarnya dia sudah meninggal dunia.
  • Gangguan saka boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.
  • Syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.
  • Saka akan mengganggu apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga serta orang lain.
  • Anak yang mewarisi saka tetapi tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah.
  • Saka yang dipelihara wanita digelar “pelesit” dalam budaya Melayu manakala Saka yang dipelihara lelaki digelar “hantu raya”.

Selain Hantu Raya dan Pelesit, sebenarnya ada banyak jenis-jenis saka yang mungkin cucu tidak ketahui. Berdasarkan pengalaman Atok, apa yang Atok tahu antara jenis-jenis saka yang ada ialah seperti:

  • Saka Harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
  • Saka Buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
  • Saka Ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.
  • Saka Bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus.
  • Saka Kuat atau Saka Penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal.
  •  Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
  •  Saka Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

Itulah dia antara kisah saka yang cucu-cucu semua nak tahu. Nak membuang saka ni bukan kerja mudah, hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh melakukannya.

Atok harap cucu semua faham dan tahu akibat daripada membela saka.

Baca artikel ini: Misteri Jambatan Bunian Port Dickson

Raja Lepak

Read Previous

Teringin! 7 Makanan Jepun Popular Bagi Orang Malaysia

Read Next

Tradisi Letak Bantal Atas Peti Sejuk Untuk Bawa Tuah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *