Teringin! 7 Makanan Jepun Popular Bagi Orang Malaysia

Malam tadi sebelum tidur, Abang Bob layan laa dulu YouTube. Memang dah jadi rutin sebelum tidur abang akan tengok dulu cerita kegemaran Abang Bob, iaitu Doraemon. Hahahah! Jangan ketawa ok.

Masa tengah syok layan Doraemon tu tiba-tiba tekak abang teringin nak makan Sushi. Sebabnya, dalam episode semalam, Nobita dengan kawan-kawan dia pergi berkelah dan masing-masing membawa bekal makanan. Dan kebetulan semua kawan-kawan Nobita iaitu Giant, Suneo dan Sizuka bawa makanan yang sama, iaitu Sushi. Nobita seorang jer yang bawa Onigiri.

Terliur pulak tengok diaorang makan walaupun dalam cerita kartun yer. Memang dah lama betul Abang Bob tak makan makanan Jepun. Alaaaa! Sedih pulak rasa.

So kebiasaannya, kalau cakap jer pasal makanan Jepun, mesti korang fikir makanan yang dibuat daripada nasi dan ikan sahajakan?

Actually Jepun ada banyak lagi makanan yang sangat best malah lebih banyak dari makanan Korea. Kat sini Abang Bob nak memperkenalkan makanan popular di Jepun kepada korang semua. Mungkin ada yang belum pernah makan makanan Jepunkan?

Nabe

Nabe atau nabemono merupakan stew atau sup yang dihidangkan semasa musim sejuk. Nabe biasanya disediakan di atas meja makan dengan menggunakan dapur mudah alih. Bahan-bahannya dimakan bersama kuah, sup atau pencicah. Kat dalamnya pula ada pelbagai jenis sayuran seperti cendawan dan juga daging. Slurpp!

Baca artikel ini: Sedapnyer Kalau Lepas Makan Dapat Pekena 7 Dessert Ni. Korang Suka Yang Mana?

Sushi

Sushi ni mungkin dah biasa bagi sesetengah orang. Bagi yang tak tahu, sushi adalah hidangan nasi yang digabung dengan pelbagai jenis bahan seperti makanan laut, sayur-sayuran atau buah-buahan tropika dan pelbagai cara digunakan untuk menghidangkan sushi. Tetapi yang penting bahan utamanya adalah nasi sushi yang menggunakan beras khas yang dikenali sebagai ‘shari’ atau ‘sumeshi’. Sushi sering dihidang bersama halia jeruk, wasabi dan kicap. Teringin sangat nak makan sekarang!

Shabu-shabu

Hidangan ini merupakan makanan yang berasaskan daging, makanan laut dan sayuran, tauhu dan kadang-kadang mee. Cara membuatnya, korang masukan sekeping daging serta sayuran dan rebus dengan takat air yang boleh menenggelamkan bahan-bahan tadi. Kemudiannya masukkan ke dalam periuk dengan air panas sehingga masak.  Sangat lazat!

Yakitori

Yakitori merujuk kepada hidangan ayam atau daging yang digrilkan. Secara umumnya, yakitori juga boleh merujuk kepada makanan yang dicucuk (skewered). Yakitori biasanya dibuat daripada isi ayam atau daging dengan kepingan ‘bite-sized’ dan sayur yang dicucuk pada lidi lalu dibakar di atas arang. Abang Bob memang ‘love’ teruk masakan ni!

Kare raisu (Nasi kari)

Kare raisu merupakan hidangan yang popular di Jepun kerana rasanya yang lazat. Kare raisu diperbuat daripada beras, kari, sayur, bawang, wortel dan ubi keledek. Daging yang digunakan adalah ayam, daging sapi dan itik. Korang mesti try kalau makan sekali memang nak rasa berkali-kali. Percayalah!

Okonomiyaki

Okonomiyaki adalah makanan yang diperbuat daripada campuran tepung, yam, telur dan pelbagai lagi bahan mengikut cita rasa masing-masing. Tapi biasanya bahan yang digunakan ialah bawang hijau, daging lembu, udang, sotong, sayur-sayuran, mochi dan keju. Ia dimasak dalam periuk. Rasanya memang sangat berkrim dan sedap!

Onigiri

Onigiri dalam makanan segera di Jepun. Makanan ini sangat popular kerana di setiap tempat di Jepun ada jual makanan ini. Onigiri ialah nasi yang dikepal menjadi bentuk segi tiga, Kat dalamnya ada isi seperti ayam, sayur-sayuran, ikan, daging, rumpai laut atau dengan sebiji telur. Ada onigiri yang dibuat kosong tanpa isi dan hanya dikepal bersama garam. Ini laa yang Nobita makan semalam! Hahaha!

Abang Bob tak kira, harini abang mesti nak makan juga makanan Jepun. Walaupun masih dalam tempoh PKP, perkhidmatan penghantaran makanankan ada. Hehehehe.

Baca artikel ini: Meleleh Air Liur! Cepatlah Pulih Tak Sabar Makan Kat Sabah

Raja Lepak

Read Previous

Terbaik di Asia! Genting Highlands Tawar Pengalaman Kembara Langkaui Imaginasi

Read Next

Saka Pendamping Dari Alam Mistik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *