Misteri Jambatan Bunian Port Dickson

Jambatan ini dikatakan dibina bagi memberi kemudahan kepada bunian untuk melintas di samping bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku

A view of a road

Description automatically generated

Fenomena misteri sering berlaku dalam kehidupan manusia malah, di setiap negara semestinya mempunyai kisah seram dan misteri yang tersendiri. Sehingga zaman moden, masih ramai yang percaya kepada cerita mistik.

Hari ini Hamka nak cerita seram sikit dekat korang semua. Korang pernah dengar atau tidak mengenai cerita jambatan orang bunian yang dibina di lebuhraya menuju ke Port Dickson? Ia bukannya cerita tahyul tapi ini buktinya jambatan tersebut sememangnya wujud.

Jambatan ini menurut cerita dari mulut ke mulut dikatakan ianya dibina untuk laluan orang bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintas di tengah-tengah lebuhraya.

A picture containing tree, outdoor, fence, sky

Description automatically generated

Cerita yang tersebar itu kononnya dikaitkan ada perjanjian antara manusia dengan bunian yang manusia harus membina dua jambatan berkenaan buat orang bunian bagi mengelakkan malapetaka berlaku namun mengikut penduduk setempat, banyak kemalangan telah berlaku di kawasan berkenaan.

Jangan kata ini penulisan Hamka ini fitnah kerana ini cuma untuk penjelasan Hamka kepada korang sahaja. Sebelum ini pernah kecoh di media sosial mengenai cerita jambatan bunian di Port Dickson. Jambatan berkenaan terdapat di beberapa lokasi sepanjang jalan berkenaan.

Namun, misteri cerita jambatan bunian di Port Dickson akhirnya terjawab – Errkk… Macam pelik juga bunyinya. Bunian ni perlukan jambatan ke untuk lintas jalan? Bagaimana pula dengan cerita perjanjian antara manusia dengan bunian? Elak malapetaka? Fuh, makin suspen juga Hamka bila cari maklumat dan menulis pasal artikel ini.

A view of a road

Description automatically generated

Berdasarkan sumber awal, Hamka merasakan lebih baik kita jangan mudah percaya dengan cerita-cerita sebegitu. Bukan bermaksud kami nak menafikan kewujudan ‘mereka’ namun sebenarnya jambatan berkenaan dibina bagi laluan haiwan untuk melintasi jalan (wildlife crossing) dari dua kawasan hutan yang ada ditepi lebuhraya berkenaan. 

Kebanyakan negara lain sudah lama mengaplikasi kaedah ini bagi mengelakkan haiwan liar kemalangan namun begitu, ada cerita lain juga yang keluar dari mereka yang tinggal di kawasan berdekatan, ada yang mendakwa, jambatan berkenaan tidak boleh digunakan pun oleh haiwan kerana terdapat pagar yang menghalang laluan. 

Oleh itu mereka menafikan jambatan itu adalah untuk kegunaan haiwan liar melintas. Wallahuaklam. Jadi, kepada penggemar-penggemar mistik ini bolehlah korang cuba cari. Hamka suka benda-benda macam ini tapi kena ada geng lah sebab aku ini jenis penakut sikit…hahaha.

A view of a mountain

Description automatically generated

Tapi yang aku pelik banyak kali dah lalu ke Port Dickson namun tak pernah pula Nampak jambatan seperti ini. Mungkin aku Nampak tapi macam nak jambatan biasalah kan tapi bila dah tahu bila pergi PD, memang wujud jambatan itu.

Cuma Hamka nak pesan kalau nak tengok jambatan silakan tapi janganlah korang cari benda yang tidak sepatutnya, tak perlulah korang. Hamka buat artikel ini sebab nak bagi korang baca dan tahu mengenai jambatan ini…jambatan je pun korang. Insyallah, kalau korang tak kacau mereka, mereka pasti tak kacau korang 

Raja Lepak

Read Previous

Cabaran Redah Air Terjun Lata Hammer

Read Next

“Hadiah Istimewa Ini Untuk Awak Sebab Tinggalkan Saya”. Gadis Bagi Hadiah Spesial Untuk BF Jahat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *