Cabaran Redah Air Terjun Lata Hammer

Ambil masa kira-kira dua jam untuk ke sana namun Air Terjun Lata Hammer buat anda tak duduk diam melihat kecantikannya.

Meredah hutan dengan pacuan empat roda (4×4) bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan sebaliknya, hanya mereka memiliki kepakaran mengendalikan 4×4 sahaja yang mampu menempuh halangan belantara.

Laluan sempit, berselut, berlumpur, berbukit, meredah anak sungai dan pada masa sama bergelut dengan kerosakan kenderaan serta kecederaan tubuh badan adalah lumrah bagi penggemar sukan lasak 4×4.

Sebelum bercerita lebih panjang, izinkan aku memperkenalkan diri. Aku lebih selesa dipanggil Damak. Hamka ada tak cerita pasal aku dekat korang. Kalau belum, Hamka memang nak kena smack down dengan aku ini…Hahaa..gurau je guys, Hamka tu adalah sahabat baik Damak.

Aku seorang yang gemarkan aktiviti sukan lasak tak seperti Hamka dia lebih gemarkan hiking dan seorang yang tahu percutian-percutian bajet di seluruh Malaysia. Jadi buat korang yang nak tahu lebih lanjut mengenai percutian bajet, korang boleh tanya dengan Hamka.

Baiklah, hari ini aku nak menceritakan sedikit pengalamanku menyertai Ekspedisi Air Terjun Lata Hammer menjelajah Pahang yang dianjurkan oleh pacuan empat roda (4x) Kelab Suzuki Vitara dan aku pun dapat join ekspedisi ini sebab member aku reporter, jadi dapat selit pergi ikut sekali.

Ekspedisi ini disertai oleh 70 orang peserta yang mereka ini bagi Damak telah membuat persiapan rapi kerana sebelum bertolak ke destinasi Air Terjun Lata Hammer, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bentong sebagai persediaan awal andai berlaku sebarang insiden tidak diingini sepanjang ekspedisi.

Sebenarnya untuk korang ke Latar Hammer ini pun boleh berjalan kaki namun ambil masa lama sedikit, kira-kira 2 jam untuk ke sana namun aku idoklah berjalan kaki, of course naik Vitara..Padu boscoo..Sepanjang perjalanan offroad ke Air Terjun Lata Hammer dengan jarak kira-kira 40 kilometer, aku berpeluang menyaksikan tanah runtuh, pokok mati, reput dan tumbang.

Bagi melicinkan perjalanan, setiap kenderaan dilengkapi pemandu, dan jurukomunikasi yang menggunakan isyarat tangan dan radio amatur. Dekat sini line telefon memang takda, jadi memang kena guna radio amatur untuk berkomunikasi. Jadi, mereka tidak perlu menjerit dalam hutan untuk mendapatkan bantuan.

Perasaan paling mendebarkan buat Damak adalah kami perlu mendaki dan menuruni bukit yang licin. Memang sukar weyy nak lepas namun dengan kepakaran dan kerjasama dari mereka ini, kami semua berjaya melepasi rintangan yang berlaku. 

Paling mencabar untuk kami redah adalah bukit setinggi bangunan dua tingkat sehingga menyebabkan beberapa buah kenderaan hanya mampu naik sehingga separuh bukit namun berjaya hasil bantuan kenderaan lain yang menarik menggunakan double winch.

Dan bila terdapat kenderaan tersangkut dalam lumpur itu saat mendebarkan buat aku juga sebab ada kenderaan yang rosak dan kami perlu membaiki terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Penat memang penat, namun sifat tolong-menolong sangat penting dan ini yang menjadikan ekspedisi ini seronok.

Perjalanan kami mengambil masa kira-kira dua jam dan apabila sampai ke kawasan air terjun, korang tak sampai terus tau. Untuk ke air terjun korang perlu menuruni curam bukit yang tinggi namun jangan risau kerana ada tali yang boleh membantu korang turun. Sesampainya aku dekat air terjun, aku sangat kagum dengan kecantikan air terjunnya dengan udara dia memang nyaman. Time ini aku terus teringat lagu abang Zainal Abidin, lagu Hijau dia tu.

Tapi, apa yang menyedihkan aku tidak dapat nak bermalam sekali di sini kerana kawan Damak dia ada emergency kes. Tiba-tiba ada kes besar yang dia kena settlekan, arahan dari bos, jadi Damak akur dan tak dapatlah Damak nak bermalam di sini tapi tak mengapa sebab  ekspedisi ini banyak memberi peluang kepadaku mempelajari perkara baharu.

Ekspedisi ini medan terbaik buatku bertukar-tukar pendapat dengan peserta lain sebab sebelum ini memang tak pernah join Suzuki Vitara ini tahu pun bila kawan Damak ajak. Itu sebab Damak teruja nak ikut. Bagi Damak, mereka yang tidak biasa, mereka tidak tahu betapa nikmatnya mencari damai dengan alam dalam suasana nyaman, semakin susah semakin puas,

Dalam ekspedisi ini juga aku belajar bagaimana kelompok mereka ini yang majoritinya membawa keluarga ini mendidik anak anak mereka bagaimana survival hidup dalam hutan yang tiada talian telefon dan elektrik dan yang paling aku teruja adalah aku kagum melihat keindahan Air Terjun Latar Hammer dan kawasan sekitarnya yang begitu cantik.

Damak rasa setakat ini sahaja penulisan Damak di Raja Lepak. Bagi korang yang nak datang sini, memang aku syorkan korang datang tapi Damak ingatkan korang perlu meminta permit terlebih dahulu daripada Jabatan Perhutanan dan membuat laporan polis untuk memaklumkan keberadaan korang di Lata Hammer. Jadi, kalau ada sesiapa yang nak pergi, jangan lupa roger Damak ye..hehehe.

Raja Lepak

Read Previous

Yahooo!!! 9 Lokasi Sungai Best Buat Aktiviti Water Rafting Di Malaysia

Read Next

Misteri Jambatan Bunian Port Dickson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *