“Hadiah Istimewa Ini Untuk Awak Sebab Tinggalkan Saya”. Gadis Bagi Hadiah Spesial Untuk BF Jahat

Semua orang ada hati dan perasaan. Termasuklah Abang Bob. Sedih wooo apabila kena reject dengan crush macam tu jer. Kalau reject sebab alasan yang boleh diterima takpe. Ni kena reject sebab fizikal kita. Yer ar, tak semua orang dilahirkan sempurna. Mesti ada juga cacat celanya.

Kalau tak suka tu cakap jer elok-elok, tak payah arr nak menghina fizikal orang. Apa? Ingat Abang Bob ni tunggu ke tak ada hati dan perasaan?

Kisahnya dulu Abang Bob waktu zaman study Abang Bob ni ada laa syok kat sorang minah ni. Nak kata lawa, boleh laaa. So Abang Bob cuba laa jadi seorang lelaki sejati, face to face cakap kita suka kat dia. Tapi bulat-bulat kena reject macam tu jer! Katanya sebab Abang Bob gemuk bukan taste dia.

Ok memang pun Abang Bob gemuk. Tapi dulu laa waktu study. Sekarang kalau letak Abang Bob sebelah Zul Ariffin pun korang boleh kompius mana satu Abang Bob, mana satu Zul Ariffin. Hahahaha! Tapi Abang Bob wak lek wat peace jer. Tak balas dendam jauh sekali nak marah. As long as minah tu berterus terang daripada terus membuatkan Abang Bob dibuai perasaan. Agituh!

So sama laa macam kisahnya yang menimpa seorang wanita kat China bernama Xiao Xiao Loves Beauty And Eating kat laman sosial ni. Fuhh! Nama kau.

Xiao-Xiao ni dulunya pernah ditinggalkan sang kekasih hati sebab dikatakan wajahnya hodoh dan gemuk. Kejam weii! Disebabkan terlalu sakit hati, wanita ni tekad untuk membalas dendam ke atas apa yang telah lelaki tu buat. 

Korang nak tahu macam mana cara dia balas dendam? Dia bagi hadiah kat lelaki tu. Tapi bukan hadiah biasa-biasa jer tau. Hadiah yang perempuan tu bagi ialah sebuku sabun yang dihasilkan daripada lemaknya sendiri!

Hahahaha..Kenapa laa Abang Bob tak pernah terfikir pasal benda ni dulu ek? Xiao-Xiao ada menghubungi bekas teman lelakinya dan berkata akan menghadiahkan sesuatu untuknya dan nak emak kepada bekas teman lelakinya menggunakan sabun tu.

Fuhh! Dah macam cerita psiko plak weii..seram plak. Xiao-Xiao siap bagitahu, hadiah sabun tu sangat sesuai untuk lelaki tak guna macam teman lelakinya yang hanya pandang kecantikan luaran.

Rupa-rupanya, selepas ditinggalkan dan dikritik kerana gemuk, Xiao-Xiao telah buat pembedahan sedut lemak dan tekad nak balas dendam sebab terlalu marah. Memang betul-betul giler arghh..

Kalau Abang Bob kena macam ni, memang murung weii..Ko bayangkan laaa bekas girlfriend kau balas dendam dengan cara macam ni?

Perbuatan yang dirancang oleh Xiao-Xiao tu pun mendapat liputan luas dalam media sosial apabila dia memuat naik beberapa keping gambar beserta keterangan untuk membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya itu.

So sekarang ni Abang Bob tertanya-tanya macam mana laa agaknya bau sabun lemak tu ek? Biasanya kita akan bayangkan sabun ada bau yang wangi tak kira laa bau bunga ke, bau rempah ke. Tapi ni sabun lemak daripada badan manusia guys!

Abang Bob tengok lepas Xiao-Xiao dan lakukan pembedahan sedut lemak, makin cun laa pulak dia ek. Harap-harap dia berjumpa laa dengan lelaki yang betul-betul sayangkan dia.

Raja Lepak

Read Previous

Misteri Jambatan Bunian Port Dickson

Read Next

Memang Terangkat Habis! 7 Masakan Istimewa Orang Jawi Peranakan Penang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *