Dahulunya berenang laut! Kini Lembut Hanyut Lahir ‘Anak Lembu Laut’

Masih teringat tak seekor lembu hamil yang pernah menggemparkan dunia apabila berenang sejauh 6.4 kilometer ke pantai selepas dihanyutkan taufan Dorian pada September lalu. Ada yang masih ingat? Menurut sumber yang Hamka dapat, anak lembu tersebut kini selamat melahirkan anak lembu ‘ajaib’ di Cedar Island yang dikandungkan olehnya ketika hanyut di laut.

Kredit : kgun

Menurut laporan Gulfnews yang Hamka baca, haiwan tersebut kini mendapat jolokan ‘anak lembut laut’ selepas dimuat naik di Facebook agensi perunding ladang, Ranch Solutions yang kini tular di seluruh dunia.

Apa yang membuatkan anak lembu itu unik kerana ianya memiliki sepasang anak mata berwarna biru dan coklat. Keadaan ni jarang berlaku pada kebanyakan haiwan termasuk kuda liar.

Bagi penduduk tempatan, mereka begitu teruja mendapat tahu kejadian ajaib itu berlaku di kawasan mereka namun usaha mendekati dua beranak itu bagi merakam gambar mereka nyata amat sukar.

Ini disebabkan lembu ternakan liar yang tinggal di Cedar Island tidak biasa melihat atau didekati manusia.

Sebelum ini, Ranch Solutions telah membiayai kos pemulangan lembu hamil berkenaan kembali ke tempat asalnya di North Carolina kira-kira 560 kilometer dari timur Charlotte.

Lembu terbabit yang diberikan nama Dori, seekor daripada tiga yang dihanyutkan taufan berkenaan dan ditemui di Outer Banks.

Artikel berkaitan
Tabik Spring! Abam Polis Tak Sampai Hati Abaikan Tiga Beranak Kelaparan Ketika PKP
Jordan Guna Khidmat Bas Agih Roti Dek Kerana ‘Lockdown’?

Raja Lepak

Read Previous

Ladang Teh BOH Habu Tempat ‘OOTD’ Tercantik di Cameron Highlands

Read Next

KLSC ‘Cipta’ Kemudahan Riadah Taraf Antarabangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *