KLSC ‘Cipta’ Kemudahan Riadah Taraf Antarabangsa

Bila terperap lama dekat rumah, rindu pula Hamka nak pergi beriadah, melakukan aktiviti bersama kawan-kawan di luar dan Hamka ini jenis suka pergi beriadah di merata-rata tempat… orang tua-tua kata nak cari angin… Jadi, hari ini Hamka nak share sikit satu tempat ini, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) pastinya ramai yang tidak mengetahui dan mengenalinya, kan?

Terletak di Bukit Jalil, KLSC merupakan lokasi menarik untuk dikunjungi bersama keluarga kerana suasananya menenangkan selain dilengkapi kemudahan riadah bertaraf antarabangsa.

Pada waktu malam pula, KLSC disinari sistem pencahayaan LED di stadium utama Bukit Jalil dan pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual dengan konsep trak makanan.

Bukan itu saja, KLSC turut dilengkapi gelanggang futsal, bola keranjang termasuk trek papan selaju yang sesuai dengan jiwa ‘anak muda’ untuk sukan ekstrem berkenaan.

Secara peribadi, kemudahan yang ditawarkan di KLSC boleh menjadi tarikan utama pengunjung khususnya lokasi berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil.

Kredit : Amirul Ashraf
Kredit : Mohd Shahidi

Kawasan yang luas dengan kemudahan beriadah selain surau dan tandas awam juga membolehkan masyarakat terutama mereka berkeluarga menjadikan KLSC sebagai lokasi pilihan bersantai.

Taman di KLSC ini yang menariknya memiliki semua kemudahan di satu lokasi sama memudahkan pengunjung untuk beraktiviti pada bila-bila masa.

Sudah pasti ini bakal menjadi lokasi pilihan kepada masyarakat yang sebelum ini hanya tertumpu kepada beberapa taman riadah utama di Kuala Lumpur untuk beriadah.

Kredit : KLSC

Trek jogging yang dibina di sekitar KLSC memang terbaik untuk penggemar aktiviti itu mengekalkan stamina. Tak tipu korang, Hamka dah cuba memang selesa… bagi yang kaki jogging pasti korang nak datang sini lagi.

Kemudahan lain seperti tempat parkir kenderaan yang luas dan kawalan keselamatan menyeluruh menjadikan korang akan berasa lebih selamat serta selesa untuk beraktiviti terutama pada waktu malam.

Sememangya KLSC berpotensi dipopularkan kerana kemudahan dimiliki setanding taman utama di ibu kota. Jadi buat mereka yang belum berkesempatan datang, bolehlah lepas-lepas PKP ni pakat dengan family pergi beriadah dekat sini.

Artikel berkaitan
Respect! Warga emas ‘abadikan’ MH370 atas bumbung rumah
Saloma Link tempat baru ‘OOTD’ terbaik di Kuala Lumpur

Raja Lepak

Read Previous

Dahulunya berenang laut! Kini Lembut Hanyut Lahir ‘Anak Lembu Laut’

Read Next

Ramai Tak Tahu, Port Dickson Ada ‘Port’ Snorkeling Setanding Pantai Timur Dan Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *