Kalau kena laa kat batang hidung Abang Bob, mau menangis abang kat tepi jalan. Mau tak menggigil kepala lutut bila kau dah terlanggar kereta orang lain.
Jenama Porsche pulak tu dan memang abang yang salah. Mana nak cekau duit woii bayar ganti rugi. Melainkan kalau si pemilik kereta tu jenis bertolak ansur dan sudi memaafkan.
Macam yang berlaku kat Singapura baru-baru ni. Dikala seluruh dunia sedang berdepan dengan wabak COVID-19, semua orang terkesan dengan keadaan ekonomi yang merosot dan membuatkan ramai tertekan.
Tapi, hal sebaliknya berlaku kat Singapura bila seorang lelaki ni masih mampu menonjolkan sifat kemanusiaan dan peribadi mula walaupun kereta mewah miliknya dilanggar.
Terharu sangat pemilik kereta mewah tu menunjukkan kebaikan bila dia hanya meminta ganti rugi sebanyak S$1 (RM3) kepada seorang pemandu teksi yang telah melanggar keretanya.
Pemilik kereta mewah tu, Fed Wu ada menceritakan kisah tu kat laman Facebooknya tentang kemalangan yang berlaku pada 13 Februari lalu. Masa kejadian tu, sebuah teksi telah melanggar kereta Porsche miliknya sehingga mengalami beberapa calar.
Baca artikel ini: Syarikat Pembuat Bra Keluarkan Topeng Penutup Mulut
Pemandu teksi yang telah melanggar keretanya dengan tenang mengakui kesalahannya yang menjadi punca kemalangan kecil tu tanpa sebarang provokasi.
Diaorang ada bertukar maklumat diri untuk bincang tentang bayaran ganti rugi untuk baik pulih kenderaan yang dilanggar tu. Wu ada memuat naik screenshot perbualan mereka dan difahamkan pemandu teksi tu ada memberikan sejumlah wang sebanyak S$200 (RM600) kepadanya.
Tapi apa yang jadi, Wu telah memulangkan semula wang yang diterima sebanyak S$199 (RM593) sebab dia kata, keretanya telah dibaiki dengan harga yang lebih murah.
Wu juga cakap, dia faham pekerjaan sebagai pemandu teksi bukan mudah dan terdedah dengan banyak risiko, lebih-lebih lagi ketika keadaan penularan wabak COVID-19.
Pemandu teksi tu memang sangat-sangat bersyukur dengan kemuliaan hati Wu sebab dia mengaku sedang mengalami saat-saat sukar pada waktu itu dan amat berterima kasih.
Sebenarnya guys, masih banyak lagi orang yang berhati mulia kat dunia ni. Abang Bob pun berharap, dalam waktu-waktu sukar sekarang, orang ramai masih boleh bertolak ansur untuk selesaikan sesuatu masalah. Macam apa yang dilakukan oleh Wu ini.
Baca artikel ini: Prihatin Nasib Petugas Kesihatan. Komuniti FB Cipta Face Shield Untuk Keperluan Petugas