Jordan Guna Khidmat Bas Agih Roti Dek Kerana ‘Lockdown’?

Jordan telah pun mengenakan perintah berkurung pada 21 Mac lalu di seluruh negaranya namun apa yang buat Hamka bangga, kerajaan Jordan sudah pun mula mengagihkan barangan keperluan harian termasuklah roti kepada semua rakyatnya bermula semalam.

Jordan juga ingin memastikan rakyatnya mendapat barang keperluan seperti air, tong gas, roti dan ubat-ubatan asas dan apa yang uniknya, kerajaan Jordan telah menghantar roti-roti tersebut menggunakan bas.

Tindakan ini dikongsikan oleh Michael Safi di laman Twitternya yang memberitahu tindakan ini dilakukan bagi mengelakkan pembelian panik di kalangan orang ramai apabila kerajaan ingin membatalkan semula perintah berkurung.

Namun, lain pula jadinya korang apabila orang ramai mula menyerbu bas tersebut dan berpusu-pusu demi mendapatkan bantuan tersebut.

Menurut sumber yang Hamka peroleh, bagi penganalis Middle East Instittute, Nadwa Dawsari mengutuk tindakan yang dilakukan kerajaan Jordan yang menyifatkan cara tersebut gagal mencapai matlamat.

Kerajaan telah menutup kedai runcit dan bakeri. Hari ini, mereka menghantar trak roti. Ia sepatutnya menjadi jualan roti dari rumah ke rumah tetapi orang tidak sabar dan inilah hasilnya.

Nadwa Dawsari

Artikel berkaitan
Uniknya Cara Orang Turki Bantu Golongan Daif Ketika Musim Covid-19
Atlet ‘Ironman’ Sepanyol marathon 61km Selama 10 Jam Hanya Dalam Rumah!

Raja Lepak

Read Previous

Alamak! Patutlah Bau Hancing Satu Apartmen

Read Next

Kereta Porsche Dilanggar, Tapi Pemiliknya Cuma Minta Ganti Rugi RM3 Jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *