Syarikat Pembuat Bra Keluarkan Topeng Penutup Mulut

Waktu saat-saat masyarakat di seluruh dunia ni bimbang pasal penularan COVID-19, mesti korang pernah tengok kat dalam laman sosial menunjukkan orang ramai menggunakan pelbagai cara untuk menggantikan topeng hidung dan mulut sebab bekalan terhad.

Salah satunya ialah dengan menggunakan pakaian dalam wanita. Korang dengar memang bunyinya macam kelakar dan tak masuk tak senonoh.

Tapi disebabkan pakaian dalam wanita tu boleh menggantikan topeng penutup mulut dan hidung, maka, sebuah syarikat membuat pakaian dalam wanita kat Jepun telah mengubah haluan produksinya menjadi pengeluar topeng muka.

Baca artikel ini: Macam-Macam Ragam Bila Suami Ambil Alih Beli Barang Dapur. Sabar Jer Laaa

Terkedu kejap Abang Bob dengar. So maknanya semua topeng yang dikeluarkan tu berbentuk pakaian dalam wanita?

Syarikat pakaian dalam tersebut, Atsumi Fashion Co. itu mengambil langkah dengan menukar produksi kepada topeng penutup mulut dan hidung bila wilayah Himi, Jepun didapati mengalami kekurangan topeng.

Bayangkan dalam keadaan darurat, wilayah Himi tu cuma ada 600 keping stok topeng sahaja sejak COVID-19 menyerang negara Jepun.

Korang bayangkan, dengan bekalan topeng hanya 600 keping jer, macam mana nak diagihkan di wilayah Himi yang mempunyai populasi kira-kira 500,000 penduduk?

So nak tak nak, syarikat Atsumi Fashion yang berpangkalan kat sana terpaksa mengubah haluan produksi mereka daripada mengeluarkan bra kepada topeng mulut dan hidung.

Idea untuk menukar produksi tu timbul bukan disebabkan bekalan stok yang terhad, tapi selepas salah seorang kakitangan syarikat tu menyedari material pembuatan yang digunakan untuk menghasilkan bra tu hampir sama dengan material yang digunakan dalam topeng.

Wakil syarikat tu cakap, dia berharap usaha yang syarikat tu buat sedikit-sebanyak dapat beri sumbangan kepada masyarakat yang berdepan dengan kekurangan stok topeng.

Bagaimanapun, produksi topeng bra tu mengutamakan keperluan stok untuk hospital dan badan yang lebih memerlukan.

So, korang lepas ni kalau nampak orang pakai topeng yang bentuknya lain macam tu, jangan laa gelakkan dia. Dah terbukti bahawa bra juga boleh digunakan untuk menjadi topeng sebab menggunakan material yang sama.

Baca artikel ini: Laaa Ingatkan Orang Malaysia. Gadis Beijing Cakap BM Kongsi Tip Covid-19.

Raja Lepak

Read Previous

Beruntungnya! Baginda Raja Permaisuri Agong Jamu Petugas Kesihatan Dengan Masakan Air Tangannya

Read Next

Lagu ‘Saya Anak Malaysia’ Bergema. Lelaki Buat ‘Konsert’ 20 Minit Hiburkan Jiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *