Prihatin Nasib Petugas Kesihatan. Komuniti FB Cipta Face Shield Untuk Keperluan Petugas

Terharu Abang Bob bila dapat tahu banyak pihak tampil bagi kerjasama, dan berusaha untuk membantu anggota barisan hadapan menangani penularan wabak COVID-19.

Macam yang korang tahu, sekarang pasukan perubatan berdepan dengan kekurangan peralatan keselamatan, sampaikan diaorang guna beg plastik sampah sebagai ‘cover’ untuk menutup anggota daripada terdedah.

Nampak tak betapa bersungguh-sungguhnya anggota barisan hadapan ni nak menyelamatkan nyawa orang ramai, sampaikan mereka sanggup menggadai nyawa sendiri.

Bila negara dilanda musibah sebegini, Abang Bob nampak semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama sama-sama berganding bahu, menangani isu yang sedang melanda negara ini.

So, berbekalkan semangat yang tinggi tu, ada sekumpulan pengguna kat Facebook telah berganding bahu untuk cipta face shield untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan COVID-19 kat sini. Memang terbaik laa apa yang kumpulan tu buat.

Kumpulan yang Abang Bob maksudkan tu dikenali sebagai Facebook 3D Printing Malaysia Community for COVID 19. Group ni mengumpulkan netizen-netizen untuk menyumbangkan idea dan keperluan untuk cipta face shield menggunakan teknologi percetakan 3D.

Baca juga artikel ini: Ada Yang Rindu Ke? Raja Bomoh Is Back Untuk ‘Pagar’ Bumi

Kalau korang nak tau, group ni baru jer ditubuhkan, iaitu 22 Mac haritu. Kat dalam page group tu, diaorang ada kongsikan prototaip dan reka bentuk yang dibuat untuk melancarkan proses percetakan akhir face shield tu.

Selain group Facebook 3D Printing Malaysia Community for COVID 19, ada satu lagi laman, iaitu Biji-Biji Initiative yang juga nampaknya berusaha buat benda sama, iaitu nak cipta face shield untuk digunakan oleh petugas kesihatan.

Memang wajar mereka ni dipuji sebab sanggup korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk sama-sama membantu menyelamatkan negara.

Abang Bob memang tabik spring kat kedua-dua komuniti ni dalam usaha nak sama-sama membantu membanteras penularan COVID-19.

Abang Bob percaya dan yakin dan percaya petugas-petugas barisan hadapan ni akan dapat face shield dalam tempoh terdekat ni. Sama-samalah kita berdoa.

Korang pun, kalau tak dapat bagi sumbangan besar, sekecil-kecil sumbangan pun dah cukup dikiran membantu negara. Contohnya seperti patuh pada arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Baca juga artikel ini: Biar benar! Lelaki Guna Tuala Wanita Ganti Topeng Muka Lindungi Diri Dari Covid-19

Raja Lepak

Read Previous

Laaa Ingatkan Orang Malaysia. Gadis Beijing Cakap BM Kongsi Tip Covid-19.

Read Next

Atlet ‘Ironman’ Sepanyol marathon 61km Selama 10 Jam Hanya Dalam Rumah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *