Laaa Ingatkan Orang Malaysia. Gadis Beijing Cakap BM Kongsi Tip Covid-19.

Baru-baru ni, Abang Bob ada laa tengok satu video ni. Alaaa video simple jer pasal nasihat dan tip untuk mencegah COVID-19. Yang tukang sampaikan tip tu seorang gadis cantik berbangsa Cina. Oklah, Abang Bob pun layan jer laaa video tu sampai habis. Sebab gadis tu pun beri tip dengan menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu.

Cuma yang tertarik kat sini, gadis tu perkenalkan dirinya dengan nama Husna. Aitt? Nama macam Melayu. Tapi muka berwajah apa yang orang panggil Chinese Look.

Tak sangka Abang Bob, rupanya gadis yang membahasakan dirinya sebagai Husna tu memang seorang berbangsa Cina, malah lebih mengejutkan apabila mengetahui bahawa dia berasal dari Beijing, China dan membuat rakaman tip tersebut dari Beijing!

Video yang dia muat naik pada 18 Mac lalu tu menunjukkan Husna atau nama panggilan penuhnya, Husna Liang berkongsi bagaimana cara nak harungi COVID-19 jika ada kat tempat awam.

Husna membuat video tu selepas angka pesakit yang kena wabak COVIS-19 kat Malaysia semakin meningkat selepas merebak ke seluruh negara.

Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Husna yang masa tu berada kat Beijing, China telah berkongsi bagaimana masyarakat kat sana mengamalkan sikap jika berada di tempat awam sebagai rujukan korang kat Malaysia dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan begitu fasih sekali.

Untuk pengetahuan korang, Husna ni bekas penuntut di Universiti Malaya selama 4 tahun dan kini bekerja di Radio Antarabangsa China.

Berdasarkan komen-komen netizen kat laman sosial, memang ramai yang puji tentang betapa fasihnya Husna bercakap dalam Bahasa Melayu, bahkan sampai ada yang tak percaya bahawa dia berasa dari Beijing.

Tak kurang jugak yer guys apabila ada yang puji dan cakap Husna layak untuk membaca berita. Kalau korang nak tengok tip yang dikongsikan Husna, korang boleh tengok video kat bawah ni.

Raja Lepak

Read Previous

Walaupun Tengah Berperang Dengan COVID-19, Tetap Juga Viral. Dah Try Buat Ke Dalgona Coffee?

Read Next

Prihatin Nasib Petugas Kesihatan. Komuniti FB Cipta Face Shield Untuk Keperluan Petugas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *