Zaman moden sekarang ni, benda yang tak ada pun kita boleh adakan. Contoh macam anggota kat badan kita sendiri. Tak semua orang dilahirkan dalam keadaan sempurna. Nobody perfect bak kata orang putih.
Tapi segala kekurangan dan cacat cela yang kita miliki tu perlu kita syukuri. Macam Abang Bob sendiri. Nak kata kacak tak sangat pun, tapi manisnya tu ada la. Tapi walaupun wajah Abang Bob ni tidaklah sekacak Tom Cruise atau pun Justin Bieber, tapi atleast ada juga yang sayang kat Abang Bob ni. Ehh! ntah apa yang aku merepek ni! Hahahaha!
Kisah yang Abang Bob nak ceritakan ni adalah tentang seorang pemuzik yang dilahirkan dengan kekurangan anggota fizikal, tapi dia berjaya untuk jadi seorang ahli muzik kerana terlalu minat.
Baca juga artikel ini: Hidung tumbuh dekat dahi? Biar betul!
Nama pemuzik tu dikenali sebagai Charlie yang dilahirkan tanpa cuping telinga. Bayangkan tak individu yang lahir tapi tanpa telinga? Kesiah doh.
Tapi kekurangan yang dimiliki Charlie tu tak haling cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik walaupun terpaksa bergantung pada telinga kanannya sahaja. Kiranya telinga kirinya sahaja yang tak ada.
Tapi satu keajaiban terjadi lepas seorang seorang pakar prostetik bermurah hati untuk membuatkan dia cuping telinga simetri palsu yang selama ini sangat diidam-idamkan oleh Charlie sejak sekian lama.
Baca juga artikel ini: Giler kreatif, pendedahan cara songlap makanan dalam pawagam
Gembira betul Charlie lepas seorang pakar prostetik sudi untuk membuatkan dia telinga palsu selepas mendapat tahu keadaan pemuzik muda berbakat besar itu. Untuk membuat telinga palsu itu, pakar tersebut, Robert Barron telah melakukan pemeriksaan untuk ambil acuan telinga belah kanan untuk membentuk telinga bahagian kiri.
Telinga palsu tu diperbuat daripada silikon dan ia memang kelihatan seperti telinga sebenar. Ternyata guys, bila telinga palsu tu siap dan dipasang pada telinga kiri Charlie, memang telinga palsu tu nampak sangat real seperti telinga sebenar.
Walaupun telinga kirinya masih kekal pekak,. Tapi Charlie bersyukur sangat-sangat sekurang-kurangnya penampilan dia sama seperti lelaki normal yang lain.
Memang hebat betul teknologi dan kepakaran bidang bedah plastic hari ini. Mula-mula cipta telinga, esok lusa ntah apa lagi yang boleh dicipta ea? Apa-apa pun Abang Bob memang kagum!