Tu Anak Betul Ke Anak Patung? Wanita Ada 19 ‘Orang Anak’ belanja lebih RM300,000

Abang Bob tak paham betul orang yang ada hobi pelik, luar daripada kotak fikiran. Banyak lagi benda yang dia boleh buat, tapi benda yang aneh-aneh juga yang dia nak buat.

Kalau setakat pelik yang masuk dek akal lagi tak apa. Contoh macam kawan Abang Bob kat kampung, orang panggil dia Mat Gebang sebab suka cakap besar. Hobi dia ni suka ubahsuai motor. Kadang-kadang basikal pun dia repair termasuklah basikal roda tiga adik dia punya. Ntah pape jadi kat basikal adik dia tu.

Tapi kira ok laa tu, kreatif. Yang Abang Bob tak puas hati sekarang ni, hobi sorang minah kat UK ni. Hanya sebab terlalu minat kat anak patung, wanita tu yang juga merupakan seorang pesara jururawat sanggup wei habiskan sebanyak RM307,243 untuk kumpul 19 buah anak patung yang mirip macam bayi betul.

Baca juga artikel ini: Marah dipanggil ANDARTU? Wanita tekad berkahwin dengan patung

Banyak betul duit dia spend! Kasi laaa kat Abang Bob, boleh beli keter 4 bijik kot. Kata bekas jururawat tu, Christina Cotgrove, 68, suka suka sangat kat anak patung sejak dari kecil lagi sebab mak dia selalu belikan dia anak patung.

So lama-lama dia pun jatuh hati kat anak patung sampai kadang-kadang dia akan bercakap sendirian dengan anak patung tersebut.

Kalau kawan Abang Bob tu, dia takde laa sampai nak bercakap dengan motor. Si minah ni pulak, bukan setakat kumpul anak patung jer. Dia siap sediakan semua kelengkapan anak patung macam pakaian, botol susu, lampin dan kos dekorasi nurseri macam patung tu bayi sebenar.

Giler arrr! Dia ni tak kahwin lagi kot? Sebab perangai dia yang pelik tu, ramai kawan-kawan ni terkejut. Tapi memula jer dah lama-lama semua buat tak tahu sebab dah faham perangai dia. Tapi ada gak kawan-kawan dia yang bagi nasihat sebab dia terlalu boros berbelanja, bukan untuk diri sendiri, tapi untuk kesemua anak patungnya.

Baca juga artikel ini: Ayam Belanda Warna-Warni Tarikan Pengunjung Ke Ladang

Wanita yang stay kat London tu cakap, pada waktu malam, dia akan mendodoi kesemua anak patungnya itu supaya tidur dan berasa gembira dapat berbuat demikian. Adoii!!  Pada waktu lapang pula dia akan membawa ‘anak-anaknya’ keluar bersiar-siar sehingga orang ramai memandangnya dengan pandangan pelik.

Dalam banyak-banyak koleksi patung, ada sebuah patung paling mahal yang dia beli bernama Zoe. Nak tahu tak berapa harganya? RM25,601 sebuah! Patung tu mahal sebab dia diperbuat daripada silikon mahal selain matanya menyerupai mata bayi sebenar. Seram pulak Abang Bob dengar. Kalau malam-malam dia bangun tak ke kena cekik.

Kadang-kadang kita tak boleh haling hobi seseorang walaupun benda tu kita tengok pelik. Suka hati dia laa ek nak buat apa. My money, my right! Hahahaha! Kat Malaysia ni pun ada jer orang kaya yang ada hobi pelik. Abang Bob malas nak mention nama sebab sensitif, takut nanti Abang Bob pulak kena saman! Daaa!

Raja Lepak

Read Previous

Demi sebiji pisang, ratusan monyet ‘berperang’ di Logburi

Read Next

Serius Wei! Itu Telinga Palsu Ke? Sejibik Nampak Macam Real

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *