Demi sebiji pisang, ratusan monyet ‘berperang’ di Logburi

Wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin serius ini Damak lihat bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia malah sektor pelancongan di kebanyakan negara seluruh dunia turut terjejas disebabkan langkah berjaga-jaga orang ramai dari terkena wabak tersebut.

Perkara ini juga menyebabkan sesetengah tempat pelancongan yang bergantung makanan kepada pelancong juga kelaparan.

Itulah yang terjadi kepada ratusan monyet kelaparan dilihat berebut sesama sendiri bagi mendapatkan sebiji pisang selepas penurunan jumlah pelancong ekoran covid-19 di pusat peranginan Wilayah Logburi Thailand.

Kebiasaannya, monyet-monyet ini akan diberikan makanan oleh para pelancong yang berkunjung di pusat peranginan itu, namun kini keadaan tersebut berubah sama sekali.

Monyet-monyet berkenaan bukan hanya perlu mencari makanan sendiri, malah menerusi rakaman video yang tular di laman sosial, ratusan monyet menyeberang jalan dan kemudian mengejar seekor monyet memegang sebiji pisang diberikan oleh penduduk sangat meruntun jiwa.

Sedih Hamka tengok mereka berebut-rebut mahukan pisang tersebut. Menurut penduduk tempatan, pandangan tersebut luar biasa kerana monyet bertindak agresif hanya mahu berebut sebiji pisang.

Antara reaksi netizen mengenai video tersebut

Ternyata monyet ini sangat lapar. Mana tak, kebiasaannya, ramai pelancong akan datang ke sini untuk beri haiwan ini makan tetapi bila berlaku wabak Covid-19, jumlah pelancong sangat kurang dan boleh dikatakan tiada di situ

Lokasi Lopburi ini terkenal dengan kota monyet dan Lopburi Monkey Festival dianjurkan penduduk tempatan serta pelancong untuk memberi makanan kepada monyet-monyet di sekitar Lopburi.

Mari kita sama-sama berdoa agar wabak covid-19 ini cepat berakhir supaya kita semua khususnya kaki-kaki travel luar macam Damak ini boleh melancong semula dan siapa yang pergi ke tempat ini dapat monyet ini makanan mereka semula.

Hampir keluar jugalah air jantan Damak sebab memang sedih bila tengok video ini.

Raja Lepak

Read Previous

Biar benar! Rupanya Wujud Hari Tidur Sedunia Yang Diraikan pada Hari ini

Read Next

Tu Anak Betul Ke Anak Patung? Wanita Ada 19 ‘Orang Anak’ belanja lebih RM300,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *