Hidung tumbuh dekat dahi? Biar betul!

Tak baik ketawakan orang. Tapi serius min tak boleh tahan lepas tengok ada hidung kat dahi. Ishh..!! Tapi itulah hakikat yang terpaksa dilalui seorang lelaki dari China. Lelaki tersebut yang bernama Xiaolian pada mulanya telah mengalami satu kemalangan jalan raya. Akibat kejadian itu, bahagian hidungnya telah mengalami kecacatan serius sekali gus menyebabkan wajahnya terjejas. 

Walaupun dia telah menjalani beberapa kali rawatan dan pembedahan, doktor dari sebuah hospital di Fuzhou dalam wilayah Fujian yang bertanggungjawab keatasnya  gagal untuk memulihkan keadaan Xiaolian. Nak dijadikan cerita, keadaan Xiaolian menjadi bertambah buruk selepas hidungnya yang cacat  mengalami jangkitan sehingga membuatkan keadaannya menjadi semakin buruk. 

Jangkitan itu menyebabkan bahagian hidungnya terpaksa dibuang bagi mengelak ia daripada terus merebak. 

Fuhhh! sedih…Doktor yang merawatnya tiada pilihan lain selain melakukan satu prosedur pembedahan membentuk hidungnya yang baru. Untuk melakukan prosedur tersebut, doktor telah menjadikan bahagian dahi sebagai ‘tapak semaian’ dan melakukan proses ‘menanam’ supaya hidung barunya tumbuh bagi menggantikan hidung asalnya.

Kalau korang nak tahu, hidung baru tu direka dengan menanam tisu kulit pada dahi Xiaolian dan dipotong mengikut bentuk hidungnya. Untuk menyokong struktur hidung baru itu, doktor telah menggunakan tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Kata doktor pakar, hidung baru yang ditanam itu telah tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan yang dilakukan berjaya.

Kemodenan teknologi harini, macam-macam boleh dilakukan. Ditambah dengan kepakaran dalam bidang kedoktoran, tak mustahil perkara sebegini boleh berlaku. Min harap korang semua tak menerima nasib seperti Xiaolian walaupun dia telah mendapat hidung yang baru.

Raja Lepak

Read Previous

Magis Dukun Amazon dibongkar

Read Next

Kentut tengah live, serius malu tahap dewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *