Kalau betul pun korang tak ada jodoh untuk membina rumah tangga, tolong la jangan jadi macam seorang wanita bernama Suzanne Heintz ni.
Sebab dah terlalu jemu asyik ditanya tentang jodohnya, Suzanne akhirnya telah untuk berkahwin dan bersuamikan seorang patung. Wahh! Orang yang macam ni pun wujud jugak kat dunia ni yer?
Suzanne bukanlah seorang wanita yang tidak waras, tetapi sebab dah terlalu jemu ditanya tentang bakal suaminya, wanita itu akhirnya berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri.
Kalau korang nak tahu, Suzanne telah hidup bahagian bersama suaminya yang diberi nama Chauncey selama 15 tahun! Agak-agak korang, dah kahwin selama 15 tahun ni berapa jumlah anak mereka ek? Hurmmm.
Kisah percintaan Suzanne bersama suami yang tersayang menjadi bualan hangat selepas dia berani memuat naik beberapa koleksi gambar mesra mereka The Playing House Project: Life Once Removed.
Sama seperti pasangan suami isteri yang lain, selepas berkahwin Suzanne yang juga merupakan seorang jurugambar profesional telah merakamkan beberapa momen indah mereka berdua termasuk detik sewaktu dia dilamar oleh suaminya.
Nampak macam Bahagia jer pasangan suami isteri ni. Paling best diaorang siap pergi berbulan madu yer!
Suzanne masih ingat apabila salah seorang temannya memberitahu:
“Awak wanita yang baik, tetapi tiada seorang lelaki pun yang ingin berkahwin dengan awak.” Kata teman baiknya yang turut memanggilnya anak dara tua (andartu). Mat salleh pun mulut boleh tahan ek?
Kata-kata itu membuatkan Suzanne tersentak dan berasa amat sedih sekali. Alahaiii mulut kawan kau pun!
Perkara paling lucu adalah pada saat Suzanne telah membeli bakal ‘suaminya’ di sebuah kedai yang menjual patung untuk pakaian. Jurujual bertanyakan kepada Suzanne adakah dia ingin membuka sebuah butik?
Tapi dah tentu wanita tu kata dia sebenarnya ingin membeli sebuah patung lelaki yang tampan dan ingin menjadikannya sebagai suami.
Walaupun pada awalnya, wanita kelahiran New York itu menjalani kehidupan berkeluarga secara bersembunyi, tetapi dia akhirnya tekad untuk hidup sama seperti keluarga lain secara terbuka.
Wait! Suzanne dan suaminya, Chauncey juga sebenarnya telah memiliki seorang anak perempuan, yang juga merupakan sebuah patung bernama Mary.
Hakikatnya, kehidupan setiap orang tidak sama dan masyarakat seolah-olah melihat ada sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan orang lain.
Untuk korang semua, jika korang tidak memenuhi salah satu aspek yang ditentukan masyarakat, ini tidak bermakna kita tidak dikira sebagai orang yang berjaya dan normal. Ingat tu….